Balik kampung isteri tempoh hari, sempat juga aku bawa family singgah di sekitar kawasan Bukit Sekilau, Kuantan. Sebabnya nak makan durian. Yelah, sekarang kan tengah musim. Sejak kes kena tipu tempoh hari, kiranya ni sesi membalas dendam lah.
Bagi sesiapa yang duduk di sekitar Kuantan rasanya tahu akan deretan gerai buah ni, berdekatan dengan pasaraya Cowboy Bukit Sekilau yang baru dibuka.
Ada banyak gerai. Gerai apek ada, gerai melayu pun ada. Tapi yang menjadi pilihan aku adalah gerai ini.
Tu dia, durian kampung klon tu. Kat celah mana yang klon nya pun aku tak tahu.
Cuma yang pastinya durian pilihan yang aku makan di Gerai Pok Teh, adalah durian kampung. Harga RM6 sekilogram. Okaylah tu..agak murah berbanding harga di Kuala Lumpur. Rasa sedap, isi pun agak tebal. Dah tak rasa macam durian kampung. Memang puas hati.
p/s: Kali ni terus makan dekat gerai, tak nak kena tipu lagi. Sabtu malam pergi makan, ahad tengahari pun pergi lagi sekali. Marathon durian. Hehe.
Update: Kedai durian dah dialih ke tempat lain yang tidak diketahui untuk memberi laluan kepada pihak berkuasa tempatan untuk melakukan penambahbaikan jalan raya.
hoho..baru aje semalam makan durian gak..
durin pun ada yg klon..hahaha
nak buat camne.dunia makin maju bro..hehe
Bestnya dapat peluang makan durian beramai-ramai macam ni…. Harga pun boleh tahan… 😉
awal bulan depan aku turun kuantan. maw pigi gerai pok teh jugak ler.. heheheh
hadoiiii…feveret ni..makan berbiji2 pun takpe..hehehhe
saya adalah hantu durian, lagi feel dapat makan durian kat kedai kan, wahh meriah tuuuuuu
Puas hati makan durian on the spot kan….
Bukan main lagi kenduri durian. 🙂
Durian yang dipesan banyak sekali
Saya numpang tanya, saya pernah baca postingan di salah satu blog malaysia ada durian yang tumbuh di pangkal pokok-nya. kira2 ini jenis durian apa ya ?? Trims
Durian dengan nescafe memang tak leh sekali ye?