in

Selesai Sudah Baiki Atap Rumah Bocor


Yes.. Selesai sudah masalah atap rumah bocor. Tak ada lagi air menitik laju diatas siling setiap kali hujan turun membasahi bumi.

Kalau dulu, tiap kali hujan.. Tak kira la hujan renyai ke tak.. Pasti akan kelihatan tompok basah di siling tingkat atas rumah aku, dek kerana air hujan yang mula memasuki ruang-ruang atap yang bocor.

Masalah hanya selesai bilamana baru-baru ini aku ternampak ada orang iklankan servis baiki atap rumah di dalam group FB Komuniti Bandar Baru Bangi.

Deal punya deal.. Perjanjian dimeterai.

Dan kelmarin, kerja pembaikan selesai. Jenis kerosakan yang dikenalpasti adalah rabung atap rumah aku dah mulai longgar, manakala simen-simen yang melekatkan rabung itu dah mula retak dan pecah.

Kerja baik pulih tak mengambil masa yang lama pun. Anggaran masa siap sepenuhnya dalam 1 hingga 2 jam. Tetapi, untuk kes aku, sejam lebih dah siap.. Sebab yang datang buat kerja adalah 2 orang.

Alhamdulillah, setakat hari ini dah masuk hari ketiga.. Dan dah tak ada kesan bocor di siling walaupun dalan tempoh 3 hari berturut-turut hujan turun dengan lebat (kebetulan pagi petang ada hujan). Setiap kali balik dari kerja, aku pandang ke arah siling rumah, ia kering sekering-keringnya.

Yes.. selesai satu masalah.

Cuma lepas ini kalau ada masa terluang, aku nak kena rajinkan diri touch up balik siling yang dah kekuningan dek kerana kesan air bocor dulu. Nanti kalau dibiarkan lama-lama, sakit mata pula melihatnya. Hahaha

p.s: Next, nak pasang water filter dan juga water pump untuk settlekan masalah air kekuningan dan juga tekanan air rendah untuk bilik atas. Hohoho.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. Wow, ambil gambar ngan naik ke atap rumah ke? Berani sgt. I takut tinggi ngan jejak ke atap rumah pasti kaki I dah jadi lembut dan bergetar.

  2. Berapa harga yang kena bayar untuk pembaikan bumbung bocor tuu. Boleh kongsi harga untuk anggaran bajet. Mungkin tidak sama sebab ikut tahap kerosakkan dan pembaikkan.

  3. Ye, kongsilah harga. Saya baru dpt quote RM3200 untuk satu bucu yg bocor terutama bila angin dan lebat berterusan. Rumah ni sejak 1997. Mereka akan buka yg lama, cuci , gam dan ganti dengan lain…
    Sebelum ni, dua tiga yg lain buat Ikut cuba , bayar dan tak dtg balik….mcm mereka give up…kira kata boleh buat tapi main agak je.

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *