Lirik Lagu Pejamkan Mata oleh Malique Dan Dayang Nurfaizah

Aku kagum dengan seorang anak seni yang bernama Malique. Ternyata dia seorang yang sangat gifted dalam seni penulisan bait-bait lirik. Merujuk kepada lagu yang berjudul “Pejamkan Mata“, walaupun keseluruhan liriknya agak sukar untuk aku fahami, tetapi secara jujurnya.. rima lagu ini sedap didengar.

Pejamkan Mata oleh Malique ft Dayang Nurfaizah

(Malique)
Sebermula maka dipaksa diam
Dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
Dah diragut total, cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal
Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
Masyghur, runsing… jah

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi
Dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel lorazepam, ambien, risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

(Malique)
(Hakikatnya nirvana di sana
Di sini masih lagi samsara
Cuba tak diperhambanya dunya
Sukar tapi aku cuba
Sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindunganmu
Walaupun gerhananya
Seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi
Tak usah khuatir

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

Glosari

  • Kencana – emas.
  • Gawai – kerja, tugas; pegawai orang yang menjalankan tugas; pegawai.
  • Kedana – serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; miskin sekali; papa.
  • Sawai – bersawai tidak sedarkan diri (kerana kemasukan orang halus), menurun.
  • Lembayung – biru bercampur merah; biru kemerah-merahan.
  • Hering – burung pemakan bangkai.
  • Canggung – kekok, kaku, janggal.
  • Resiprokal – bersifat saling berbalasan / timbal balik.
  • Equivokal – samar-samar / tidak pasti.
  • Logaritma – istilah angka ganda bagi sesuatu angka dasar yang digunakan untuk mendapat angka tertentu.
  • Tafakur – perihal merenung memikirkan sesuatu.
  • Kantor – ibu pejabat.
  • Diktator – orang yang memerintah dengan kuasa mutlak atau tidak terbatas.
  • Shabab – dalam arab bermaksud “anak muda.”
  • Kasur – alas tidur, tilam.
  • Masyghul – (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu.
  • Runsing – susah hati kerana tidak sampai maksud.
  • Solusi – penyelesaian masalah.
  • Revolusi– perubahan.
  • Lorazepam – ubat untuk anxiety disorder atau despresi.
  • Ambien – ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam.
  • Risperdal – ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik.
  • Afdal/af·dal/ – lebih baik; lebih utama.
  • Astral/as·tral/ – mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
  • Dogma – ajaran (kepercayaan) yang tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
  • Stigma – yang menjejaskan reputasi / aib.
  • Pituitari – Kelenjar endokrin utama.
  • Nirwana – 1 keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga.
  • Samsara – “mengembara” atau “dunia”, dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Selesai Sudah Baiki Atap Rumah Bocor

    Penyambung Legasi Gamers