in

Kempen Stop114a – Internet Blackout


14hb Ogos 2012, berlangsungnya kempen “Stop114a – Internet Blackout“. Kempen ini adalah bertujuan untuk menyampaikan bantahan terhadap pindaan Akta Keterangan 1950 – Seksyan 114a yang dilihat agak tidak masuk akal.

Diantara pindaan-pindaan yang dibuat:

  • Jika ada sesiapa yang dikenali atau tidak dikenali menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di dalam internet, anda akan dipertanggungjawabkan melainkan ada bukti yang menunjukkan anda tidak bersalah.
  • Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, segala isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen-komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain adalah tanggungjawab anda.
  • Owner WiFi akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.
  • Jika rangkaian WiFi rumah anda dicuri atau digodam, anda juga yang akan bertanggungjawab atas segala kelakuan jenayah yang dilakukan oleh pencuri tersebut.
  • Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a akan menganggap bahawa anda adalah pemilik sebenar akaun itu.

Agak tidak logik bukan sekiranya point-point yang dinyatakan di atas ini dilaksanakan. Hafiz tidak menyokong mana-mana pihak.. Baik dari segi politik sekali pun, tapi secara peribadinya Hafiz rasakan sekiranya akta ini dilaksanakan, ia seperti hilangnya punca kebebasan rakyat untuk bersuara.

Banyak perkara negatif akan timbul, secara tidak langsung sedikit sebanyak akan mengganggu ekonomi negara. Sekaligus, menghilangkan keseronokan ber-internet dan meletakkan kita di dalam “Dunia di bawah tempurung“.

p/s: Kalau macam tu, bila rasa tak puas hati dengan bos..kita guna PC office sebar. Then bos kena tangkap, kita selamat. Hehehe


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *