Pandelela Dapat Skim Pencen Bulanan RM2000

9hb August 2012, satu lagi tarikh bersejarah apabila Pandelela Rinong dianugerahkan pingat gangsa dalam acara diving platform 10m, sekaligus mencatatkan pingat kedua untuk Malaysia dalam sukan Olympic London 2012.

Pandelela yang memulakan penerjunan pertama yang agak kurang memuaskan dengan catatan 58.50 (Forward 3 1/1 sommersault) akhirnya bangkit pada terjunan yang berikutnya dengan mata 64.00 (Armstand Back double sommersault 1 1/2 twist), 81.60 (Inward 3 1/2 sommersault) dan 76.80 (Back 1/2 Sommersault 1 1/2 twist) dan hasil pungutan mata keseluruhannya meletakkan beliau di belakang atlit China dan Australia.

Kemenangannya pingat gangsa itu sekaligus melayakkan beliau untuk menerima skim pencen bulanan Rm2000.

Biodata Pandalela

Nama           : Pandelela Rinong anak Pamg
Asal              : Sarawak, Malaysia
Kaum           : Bidayuh
Tarikh lahir : 2 Mac 1993
Tinggi           : 5’3″
Berat            : 49kg

Kedudukan terkini menunjukkan Malaysia di tangga yang ke-53, sama seperti negara jiran Thailand dan Indonesia, sekaligus meninggalkan Singapura yang berada di tangga yang ke-66. Terbaiklah.

p/s: kat Facebook kecoh pasal sorang mamat cakap besar yang kononnya berani nak potong dia punya “tuutt” kalau Pandelela menang pingat.

Sekali Pandelela menang pingat terus dia delete akaun. Hahaha

Artikel ini hanyalah sedikit sebanyak pengetahuan dan pandangan daripada penulis. Sekiranya dirasakan artikel ini berguna untuk orang lain, anda boleh kongsikan artikel ini dengan menekan butang LIKE dan jangan keberatan untuk meninggalkan komen dibawah diruang yang telah disediakan.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kekalahan Lee Chong Wei Dipertikaikan

    Kempen Stop114a – Internet Blackout