in

Petua Hilangkan Cirit Birit Anak


Okay..taknak cakap banyak. Sebelum ini bukan Khair tak pernah kena cirit birit pun, banyak kali. Cuma kali ini agak degil cirit biritnya. Semalam sahaja dah dekat 10 kali keluar air sahaja.

Puncanya? Tak tahu. Mungkin disebabkan tahap kebersihan air yang tidak elok ataupun memang musim cirit birit.

Disebabkan itu, isteri terpaksa ambil cuti untuk jaga Khair. Nak harapkan cuti aku dah tak banyak. Tinggal beberapa hari je lagi untuk bertahan hingga ke akhir tahun.

Opps..Maaf. Dah melalut ke lain.

Straight to the point. Petua untuk menghilangkan cirit birit kali ini adalah dengan memberikan anak-anak minum air Teh O.

petua anak cirit birit

Ye..Teh O. Sebabnya, petua guna air tepung sudah tidak sesuai bagi Khair. Mungkin disebabkan rasanya yang tawar membuatkan Khair agak susah untuk buka mulut. Bila guna air Teh O, senang sikit. Sedap. Manis-manis je rasa.

Tapi pastikan air teh O yang dibuat untuk menghilangkan cirit birit ini dibancuh sedikit pekat. Kenapa?

Maaf..Secara teorinya aku tak dapat jawab, tapi kalau dari segi logik akalnya..air teh O pekat kalau kita sendiri minum pun akan jadi sembelit. Sembelit maksudnya disini, najis akan jadi keras. So faham-fahamkan aje.

Cirit sama dengan najis cair, mungkin bila dah minum teh O pekat..ia dapat membantu untuk mengeraskan najis dan dalam masa yang sama mengurangkan cirit birit.

Nota: Ini teori aku sahaja, jangan percaya bulat-bulat,

Untuk rekod: Aku dah bagi Khair minum teh O sebelum tidur semalam, so far pagi ini check pampers tak ada lagi cirit. Jadi pendapat aku, mungkin buat masa ini aku kelaskan petua ini sebagai mujarab.

p/s: Kalau cara ni tak jalan jugak, korang boleh cuba cari ubat yang namanya “Smecta“. Fungsinya untuk mengeraskan najis bayi. Ubatnya jenis serbuk, kena bancuh dengan air dan bagi anak minum (aku guna picagari je).


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

28 Comments

Leave a Reply
  1. Hehe..betul2..air teh pekat ni memang sesuai..saya sendiri pun pernah mencuba nya..tapi kat anak, belum cuba lagi..sebab si anak tak pernah kena cirit birit..hehe

  2. Biasanya cirit birit terjadi sebab badan flush bacteria atau keracunan atau benda asing yang badan tak suka…the best solution adalah berikan mineral seperti mimum air garam bukit atau biasa orang kampung buat minum air kelapa fresh ori tak ada gula.

  3. Kalau bayi kena cirit birit pasti akan meraung kesakitan bila tukar lampin nya . Sampai bergetar seluruh badan menahan kesakitan .. Ya tuhan , biar la aku menanggung segala kesakitan itu .. Hati sangat pedih lihat dia meraung kesakitan ..

    • lau bby melecet…. gunakan tpung ubi pengganti bedak baby……. insyAllah ruam mlecet tu cept kering n bantu mnyejukan…. sy mmg amalkn petua ni kt anak2…. Alhamdulillah..mmg brkesan sgt….

    • Alhamdulillah, dulu time ceri beri time berjalan d’singapore pun saye gune petua ni, memang mujarab.

      tapi sekarang if ceri beri saya telan vitamin c shaklee sebab ceri beri ni sebab ade toksin yang badna kita taknak absorb, bahaya so signal yang kita dapat is keluarkan camne cara pun

      poo poo, muntah, kencing kene keluarkan sebab takle masuk usus, so vitamin c shaklee bantu badan keluarkan toksin dengan cepat

      so far yang praktis alhamdulillh lega…

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *