in ,

WeChat Party 2013


The new way to connect“. Ya, itulah tagline bagi applikasi chat smartphone tergempak masa kini. Sesuai dengan bilangan penggunanya yang mencecah 300 juta orang diserata dunia. WeChat, sebuah applikasi komunikasi yang menyokong fungsi pesanan suara, video, gambar dan juga text messaging, mengungguli carta muat turun tertinggi Google PlayStore mengalahkan pesaing-pesaingnya yang terdekat.

Sempena dengan pencapaian yang memberangsangkan itu, Hafiz merupakan antara blogger yang bertuah untuk menghadiri parti WeChat yang diadakan di Neverland, Kuala Lumpur baru-baru ini.

WeChat_party 2013

Parti ini juga yang bertujuan utk merasmikan TVC Showcase WeChat dan memperkenalkan kepada sidang media akan penglibatan dua artis popular, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam sebagai duta jenama applikasi ini.

Baek punye..kan?

Parti yang turut dihadiri oleh rakan-rakan blogger lain ini cukup happening dimana terdapat live performance daripada tiga penyanyi tanah air iaitu Vivian ChuaHenley Hii dan juga Awi Rafael. Maaf sekiranya dinyatakan disini bahawa Hafiz hanya mengenali Awi Rafael sahaja.

Awi Rafael

Tapi itu bukan penghalang untuk kami semua untuk tidak enjoy, kerana lagu-lagu yang dipersembahkan oleh mereka bertiga semuanya best-best. Vokal mantap-mantap. One Malaysia lah katakan. Makanan buffet pun sedap. Nyum..nyum!

Selain itu terdapat juga sesi permainan yang dijalankan dimana ianya memerlukan beberapa volunteer untuk menjawab soalan yang diberikan oleh Rudy, emcee bertugas malam itu yang juga seorang penyampai radio. Antara rakan blogger yang bertuah memenangi hadiah malam itu ialah YanaYassin dan juga Broframestone.

Sepanjang tempoh event dijalankan, aturcara yang disusun sememangnya teratur dan  menyeronokkan. Syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat.

Akhir kata dari Hafiz, semoga WeChat akan terus sukses di masa-masa akan datang dan diharapkan selepas ini akan ada lagi event-event sebegini yang diadakan setiap tahun. Bolehlah Hafiz join lagi kan. Cayalah! Hehe.

Nota: Bagi yang belum mempunyai applikasi WeChat ini, jangan ketinggalan. Dengan kelebihan fungsi walkie-talkie dan juga moment sharing, sudah semestinya ia sesuatu yang cukup rugi jika ditinggalkan. Muat turun hari ini juga dan Jom! Let’s WeChat!

p/s: Dah siap download dan install nanti jangan lupa add Hafiz ye. WeChat ID: HafizRahim


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

23 Comments

Leave a Reply
  1. Macam inilah keuntungan tinggal kat bandar,selalu tahu apa yang saya tak tahu.Aku dah install tapi belum ada frend,

  2. tengah mencari smartphone yang sesuai…
    skrg tab selalu cepat habis bateri…
    blackberry plak kalau same same ngn bbm, hang tetiba..
    kena cari iphone la barangkali… he he

Leave a Reply to hafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *