in

Zakat Keatas Diriku


Jika diikutkan syarat zakat, Hafiz merupakan diantara golongan yang wajib dikenakan zakat.

Zakat yang bermaksud;

Membersihkan harta dan diri seseorang daripada sifat bakhil dan kedekut.

Dikenakan terhadap:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau harta berbanding keperluan tanggungannya pada malam dan pagi Aidilfitri.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Kadar zakat berlainan mengikut tahun dan negeri, ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri mengikut harga beras setempat.

Seperti di Selangor kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 untuk setiap tanggungan, sama seperti tahun lepas. Jadi disebabkan tahun ini ada 2 mulut yang perlu Hafiz jaga kebajikannya, maka kadar bayaran zakat yang perlu dibayar adalah sebanyak RM21.

resit zakat fitrah

Senarai penuh kadar zakat dinegeri lain:

Negeri Tahun 2013 (RM)
Perlis 6.00
Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.00
Perak 7.00
Selangor 7.00
Negeri Sembilan 6.50
Melaka 6.50
Johor 5.00/8.00*
Pahang 7.00
Terengganu 4.50/7.00/7.60*
Kelantan 7.00
Sarawak 6.50
Sabah 7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan 7.00

* Mengikut jenis dan gred beras

p/s: Jangan buat-buat lupa nak bayar ye. Kesian pada orang yang memerlukan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

22 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to kakiblog Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *