Jika diikutkan syarat zakat, Hafiz merupakan diantara golongan yang wajib dikenakan zakat.
Zakat yang bermaksud;
Membersihkan harta dan diri seseorang daripada sifat bakhil dan kedekut.
Dikenakan terhadap:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau harta berbanding keperluan tanggungannya pada malam dan pagi Aidilfitri.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Kadar zakat berlainan mengikut tahun dan negeri, ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri mengikut harga beras setempat.
Seperti di Selangor kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 untuk setiap tanggungan, sama seperti tahun lepas. Jadi disebabkan tahun ini ada 2 mulut yang perlu Hafiz jaga kebajikannya, maka kadar bayaran zakat yang perlu dibayar adalah sebanyak RM21.
Senarai penuh kadar zakat dinegeri lain:
Negeri | Tahun 2013 (RM) |
---|---|
Perlis | 6.00 |
Kedah | 7.00 |
Pulau Pinang | 7.00 |
Perak | 7.00 |
Selangor | 7.00 |
Negeri Sembilan | 6.50 |
Melaka | 6.50 |
Johor | 5.00/8.00* |
Pahang | 7.00 |
Terengganu | 4.50/7.00/7.60* |
Kelantan | 7.00 |
Sarawak | 6.50 |
Sabah | 7.00 |
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan | 7.00 |
* Mengikut jenis dan gred beras
p/s: Jangan buat-buat lupa nak bayar ye. Kesian pada orang yang memerlukan.
Ulangkaji yang bagus sebagai peringatan buat yang belum bayar. TK
Aku blom bayar..
aku bayar awal sebab aku tahu last minit nanti aku tak sempat nak g bayar..hoho
suka ikut ayah pergi bayar zakat.. tiap tahun..hehehe
Selamat menunaikan Zakat Bro… Terima kasih di atas perkongsian info…
sama2 bro 🙂
hurm, aku belum bayor lagi untuk tahun ni.. tunggu last2 baru feel..hehehe
hari terakhir ramadhan, aku otw balik kampung bro..tak sempat..haha
selangor tujuh ringgit je. gua suka nombor tujuh. hoho
aku pernah bayar zakat online, 10 ringgit
Emm tak bayar lagi zakat ni..insyaAllah akan disegerakan..hehe
dah bayar ke? bagusnya.
Dah..alang2 dah nampak terus bayar. 🙂
tahun ini saya bayar untuk 6 orang ..10 tahun dulu bayar untuk diri sendiri sahaja
Wah..ade masa nak tambah lagi tu bro..hehe
tahun ni da kene bayar untuk 2 orang…hehhehe…
penjelasan yang menarik. salam kenal gan
Sangat bersahaja dan penuh informatis patut untuk dijadikan sumber berita baik
Keeep UP
Makasih info tentang zakat nya gan… detail dan jelas.
bayar zakat itu mang kudu wajib dan rutin tiap tahun ya gan..;)
Nice