Yonder Music Dah Kembali Beroperasi, Kini Percuma Untuk Semua

Actually aku dah guna Spotify for quite some time. So far so good, sebab aku boleh dengar bermacam-macam lagu dengan high quality audio. Cuma kena spend RM22.40 secara bulanan untuk dapatkan akses premium.

Tapi itu tak mendatangkan masalah sebab akaun premium yang aku gunakan adalah Spotify family plan. Yang mana untuk minimakan pembayaran bulanan yang perlu aku bayar, aku gunakan kelebihan yang ada iaitu split pembayaran kepada 6 orang. So each person will pay RM3.70 secara bulanan untuk dapatkan full akses Spotify.

Well.. itu cerita tentang Spotify. Akan tetapi semalam pula, aku ada terbaca news mengatakan bahawa Yonder Music dah kembali dengan perkhidmatan mereka dalam menyediakan free music streaming.

Yerp.. Aku tahu sebelum ini mereka hentikan perkhidmatan mereka atas sebab yang tidak diketahui, but now they are back to business.

So, alang-alang Yonder Music dah available for usage dan aku pula sejenis manusia yang sukakan benda-benda free.. of course la aku terus download music apps Yonder ni kan.

Dan ya.. tepat seperti yang berita war-warkan, Yonder Music secara rasminya dah beroperasi semula. Bahkan kini dengan tawaran yang lebih menarik kerana, even without user registration dan kalau korang tak guna Celcom sekalipun, pengguna terus boleh akses kepada puluhan ribu lagu yang berada dalam database mereka.

Macam mana Yonder buat duit kalau semuanya bagi free?

Wallahualam. Itu aku tak pasti. Yang aku tahu berdasarkan ujian yang telah dilakukan tadi, quality Yonder Music quite good. Pilihan lagu juga banyak, especially lagu-lagu local.

So, kiranya dalam iPhone aku sekarang dah ada 2 music streaming apps. In case Spotify tak perform, aku boleh unsubscribe dan jimat setiap bulan RM22.40. Or, kalau Yonder Music tak best.. aku uninstall je balik. Heee.

Berminat nak cuba?


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini