in

Yes.. Kereta Aku Dah Dipasang RFID


Akhirnya berjaya juga aku attend appointment pemasangan RFID. Ikutkan plan, dari minggu pertama tawaran untuk hadir ke sesi pemasangan lagi aku dah bercadang nak pergi. Tapi, entah macam mana boleh tersalah isi date appointment. Adoyai.

Hari ni selepas berhari-hari menunggu, dalam jam 10 pagi aku gerak dari rumah menuju ke pusat pemasangan RFID di Pusat Khidmat Pelanggan Plaza Tol Salak Selatan. Jauh, tak jauh jugak. Dalam 30 minit perjalanan je dari rumah. Nak pilih pusat pemasangan yang lain, nampak macam lebih jauh seperti di Customer Experience Centre Bangsar South atau Plaza Tol Loke Yew. So, pilihan ini je yang terbaik. Hehehe.

Pemasangan RFID dimulakan dengan proses verifikasi pemilik kenderaan melalui semakan salinan kad pengenalan, geran kereta dan juga polisi insurans kenderaan. Tetapi memandangkan tadi masa aku nak pasang aku terlupa nak bawa, jadi terpaksa gigih selongkar balik dalam email dan akaun Etiqa online (aku pakai perlindungan kenderaan Etiqa Takaful), then minta tolong diorang print-kan dari sana. Luckily, boleh.. cuma kena bayar sikit upah print.

Selesai semakan, proses pemasangan RFID diteruskan dengan mudah bilamana 2 orang pekerja yang bertugas akan datang ke kenderaan untuk menampak sticker RFID.

Sticker RFID ini jika dilihat macam sangat fragile (rapuh), tapi berdasarkan kenyataan yang dibuat dilaman web rasmi RFID, ianya adalah tahan lasak. Cuma apabila seseorang itu berniat tidak baik seperti ingin mencuri sticker RFID orang lain, maka kemungkinan ianya akan rosak atau koyak sangat tinggi.

Tak sampai 5 minit, sticker RFID siap ditampal. Manakala seorang perkerja lagi membantu untuk membuat imbasan menggunakan peranti khas, kemudian sekiranya sticker dan imbasan dapat berhubung dengan baik. Maka siaplah proses pemasangan.

Tiada bayaran dikenakan pada aku kerana sesi pemasangan ini adalah bagi golongan “pilot user” sahaja – yang mana ianya bertujuan untuk menjalankan ujian awal bagi peningkatan mutu perkhidmatan selepas RFID ini dilancarkan secara rasmi tahun depan. Cuma kena sign surat penerimaan je la.

Dan selesai sahaja pemasangan, aku juga perlu menunggu dalam tempoh masa 24 jam bagi pengaktifan RFID tersebut – yang mana aku sebenarnya dah terima notifikasi pengaktifan itu melalui SMS dua jam selepas pemasangan.

Nota: Aku difahamkan untungnya bagi pilot user apabila berlakunya kerosakan atau apa-apa masalah, aku boleh pergi semula ke pusat pemasangan bagi mendapatkan tag RFID baru secara percuma. Hehehe. Tapi itu pun hanya setakat tarikh sebelum ianya rasmi dilancarkan la. Bila dah dilancarkan secara rasmi, nak pasang atau tukar kena bayar. Hohoho

Update: So far berpeluang menggunakan RFID ini beberapa kali. Dari segi kepantasan imbasan ketika melalui pondok tol, julat perbezaan diantara RFID dan Smart TAG boleh dikatakan ada peningkatan dalam 20-30%. Cumanya bagi aku, RFID lebih memudahkan kerana ia boleh ditambah nilai secara online dan semakan baki boleh dilihat dalam sela masa yang sangat singkat (dalam 4-5 saat dah boleh check akaun untuk baki terkini), berbanding Smart TAG yang perlu ada peranti berasingan untuk buat semakan baki. Pendek kata, quite good la teknologi RFID. Diharapkan penggunaannya akan diperluaskan bagi mengurangkan masalah long queue terutamanya ketika waktu puncak. Stress oi nak beratur panjang-panjang.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
    • Dia ada 2 pilihan. Tengok pada kereta gak, ada yang tak sesuai letak kat atas. Sebab signal susah sikit nak detect. Diorang pun memang recommend letak kat headlamp, tapi kalau pengguna nak letak kat atas jugak tak ada masalah.

  1. Smart tag selalu I kena simpan dalam laci kereta sebab takut kena curi dan tingkap kereta dipecahkan oleh pencuri. Jika pakai RFID maka tidak perlu risau lagi lah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *