Yes.. Derma Darah Lagi!

Macam biasa, setahun sekali pihak KKM akan datang ke pejabat tempat aku kerja untuk kempen blood donation.

Aku sejak tahun 2014, dah jadi macam penderma wajib. Asal diorang ada datang je, terus bagi nama. Seakan rasa best pulak bila tengok darah mengalir masuk dalam beg plastik yang diorang sediakan. Hehehe.

sakit-ke-derma-darah

Untuk tahun ni, jumlah darah yang aku derma tak sebanyak tahun-tahun lalu. Dalam 350ml je. Sebabnya, doktor cakap tekanan darah aku rendah (kes tak cukup tidur, jadi burung hantu.. Hahaha).

Tapi okay la.. walaupun 350ml, dapat membantu mereka yang memerlukan.

Jadi, kalau ikutkan benefit derma darah yang aku boleh dapat bila dah menderma sebanyak 3 kali..

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas kedua untuk tempoh 4 bulan

Huh.. jauh lagi perjalanan aku. Nak dapat rawatan percuma kelas pertama kena derma darah lebih 31 kali. Hohoho.

p.s: Ada ke tempat yang boleh derma darah dapat bayaran?

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *