Akhirnya.. selesai masalah. Air kotor dah jadi bersih, air perlahan dah jadi laju. Thanks to outdoor water filter dan juga water pump yang baru siap pasang beberapa hari lepas.
Actually, langkah kanan juga aku tempoh hari. Saja-saja window shopping di IOI City Mall, terjumpa pula offer menarik yang menggabungkan kedua-dua barang ini dalam satu pakej mampu milik.
Tanya punya tanya.. Deal punya deal.. Kedua-dua barangan ini dapat aku beli dengan harga RM1400+, termasuk sekali dengan kos pemasangan.
Branded?
Tak sure. Yang aku tahu, ianya berjenama Expa. Dari segi waranti, water filter didatangkan dengan waranti selama setahun. Manakala waranti untuk water pump pula selama 2 tahun termasuk 6 bulan pertama waranti untuk pemasangan.
So.. Okay lah tu kan.
Niat asal dihati memang nak beli yang berjenama, tapi malangnya fulus agak kureng. Jadi, bilamana dapat beli pakej bajet ni pun, okay saja. Asalkan dapat puaskan hati dan pakej pula dapat jimatkan perbelanjaan. Hohoho.
By the way, water pump yang aku gunakan adalah dari jenis centrifugal water pump dan berkuasa kuda 0.5hp. So far, untuk kegunaan seisi rumah (teres dua tingkat, 3 bilik air dan satu sinki), kira dah cukup kuat dah. Buka pili separuh pun air keluar laju.

Nota: Outdoor filter aku gunakan untuk tapis air daripada paip utama sebelum masuk ke tangki. Kemudian dari tangki, distribution air ke seluruh rumah dibantu dengan water pump. For info, sebelum ini, bilik air tingkat atas rumah aku segan-segan je nak keluar.
wah boleh la harga tu . aritu riki2.. dekat 3 k penapis water nak pasang kt rumah baru . huhuhu.. expa eh .. tenkiu bampih. !!
Lepas ni memang makin bersih lah air minuman
.
Tak de keladak dan kotoran dari paip air
berguna jugak ni kalau ada masalah dengan air kat rumah
Pam air dah jadi keperluan sekarang. Sebab air yang bersih menjadikan buah pinggang kita sihat
Perawatan macam mana? ada maintenance macam cuccoo ka?
Haritu ada offer percubaan selama seminggu..pasang dh..sekrg org tu tak dtg2 nak ambil ..hahaa..tgh fikir nak guna ke tak penapis air ni
Macam tu pun ada. Hahaha. Pakai je la dah orang taknak ambik. hehe
apa beza jika tanpa controller switch pasang sjh???
Tuan, Tanya sikit, pam yang tuan pasang dekat tangki tu dia tarik air masuk tangki ke atau tolak air dari tangki ke paip dalam rumah?
Tolak air ke paip2 dalam rumah. No point pasang untuk tarik naik ke tangki, sebab tujuan utama nak kuatkan pressure air yang keluar daripada paip2 dalam rumah.
masalah saya tinggal atas bukit, dari meter ke tangki rumah air tak naik waktu siang sebab banyak penggunaan, nanti tengah malam air masuk itu pun tak lebat untuk isi tangki, mohon nasihat bagi mana saya boleh kuatkan tekanan air dari meter untuk naik ke atas tangk rumah. Dari tangki ke rumah tak ada masalah.
Boleh cari waterpump yang pasang kat luar rumah. Pasang lepas meter.
Assalam.. Boleh share no fon orang yg buat servis pasang pam air kat rumah tuan ni?
Assalamu’alaikum tuan. Kalau tuan tak kisah, pam air tu model apa? Kuat tak bunyi dia?
Pasang water pump sebelum atau selepas penapis
Selepas
Salam… Bleh bgi pm org yg jual dan psg kat rumah tuan… T. Kasih ilmu dan info yg tn share.
Assalamualaikum. Tuan. Sy kat tingkat 3, selalu air slow aje, bila pick time, mmg terlalu sikit aje, then dah mlm lps pkl 10, laju pulak. Itulah cadang nak pasang pump. Boleh bagi detail.