Akhirnya niat nak pisahkan tempat tidur Khair ke bilik dia sendiri tercapai jugak. Sebelum ni niat asyik tertangguh sebab kewangan tak mengizinkan untuk hiaskan bilik dengan katil yang dia nak. Tapi lepas puan isteri dapat imbuhan lebih sikit hari tu, berjaya gak beli katil double decker seperti yang diinginkan. Alhamdulillah.
Pencarian katil tu pun bukannya mudah, dah berapa kedai kitorang keluar masuk. Kat IKEA dah tengok, kat kedai tepi jalan pun dah berkali-kali belek katalog. Hinggalah kitorang pergi ke deret lot perabot di Seksyen 10, Bandar Baru Bangi (ala yang banyak-banyak tepi Shell tu, kedai yang tengah.. tak ingat nama. Hahaha) yang offer harga katil yang dengan harga yang reasonable.
So, bayar deposit terus.. Tunggu dalam 10 hari.. tadaaa. Katil dah sampai.
Bila dah sampai, orang kedai nak pasang pun ambil masa dalam sejam untuk siapkan kesemuaya disebabkan katil ni jenis banyak parts yang kecil. Kemudian lepas dah siap pasang katil, panggil pulak technician datang ke rumah keesokan harinya untuk servis aircond yang dah lama tak guna (masalah kurang sejuk).
Dan kali kedua panggil tehnician sekali lagi untuk datang check aircond (3 hari selepasnya) sebab aircond asyik auto off. Syukur tak ada major problem, gas je kurang.
Akhirnya..
Yeay.. Khair dah tidur bilik sendiri. Bila semuanya dah berfungsi dengan elok. Katil pun dah terpasang kemas. Lena dia bagaikan ular kekenyangan. Hohoho.
p.s: Cuma sebelum tidur malam, daddy kena teman sembang dulu la. Dia dah betul-betul lena baru daddy masuk bilik sendiri. Hehehe
Summary penting untuk tips galakkan anak-anak untuk tidur berasingan
- Sila penuhi permintaan diorang. Kalau nak katil comel, cuba bagi katil comel.
- Berikan keselesaan kepada anak-anak, kalau dia tak selesa memang dia lari la masuk bilik mak ayah balik.
Lawa lah katil tu, patut lah dia mau tidoq bilik sendiri dah.