Yes! Berjaya Kumpul Shell Heritage Canister Limited Edition

Satu perkara yang aku suka tentang Shell adalah, mereka selalu tampil dengan promosi yang terbaru dan menarik.

Kalau sebelum ini kita ditawarkan dengan koleksi model-model kereta LEGO limited edition (yang mana menjadi rebutan ramai), kini mereka hadir pula dengan tawaran Shell Heritage Canister.

Shell Heritage Canister (balang besi) ini yang merupakan keluaran edisi terhad, adalah kesinambungan daripada ulang tahun Shell yang ke-125 mereka bertapak di Malaysia.

shell-heritage-canister-limited-item

Terdapat 3 jenis pilihan canister yang berlainan yang boleh dikumpul para peminat, iaitu:

  1. Koleksi Shell pump (bersaiz mini)
  2. Koleksi stesyen minyak Shell (bersaiz besar)
  3. dan, Koleksi vintaj minyak enjin Shell

Yang menarik bagi setiap koleksi ini dimana, setiap daripada model canister yang dijual, di bawah kotaknya tercetak tahun pam dan stesyen Shell itu wujud dan digunapakai (bermula tahun 1920 sehingga tahun 1980).

Aku, diantara peminat yang berjaya mendapatkan kesemua model-model canister tersebut kecuali koleksi vintage minyak enjin Shell (Still trying to get it. But please don’t ask me where I get it from. Aku guna time machine untuk lompat ke setiap tarikh pelancaran model canister tu. Hehehe).

hafiz-rahim-shell-heritage-canister

Dan, model yang paling aku suka dalam koleksi ini iaitu Shell tanker, iaitu sebuah lori penghantar minyak Shell.

shell-heritage-canister

Well.. Kalaulah realitinya model-model klasik sebenar ini ada depan mata aku, pastinya lebih seronok. I really wish that Shell can build their own museum. Letak sekali dengan jentera-jentera F1 dan juga MotoGP yang pernah Shell taja, mesti aku yang pertama akan jadi visitor muzium tu.

By the way, cara untuk mengumpul model-model canister ini mudah saja.

Pertama, korang boleh membeli canister stesyen minyak Shell yang berharga RM12.90 setiap satu ini dengan setiap pengisian minyak Shell minima sebanyak RM40.

shell-canister
Bila tengok canister Shell station ni teringat pulak aku suka pergi petrol station Shell semata-mata nak beli aiskrim. Dari dulu sampai sekarang, pilihan aiskrim di dalam ice cream box kiosk Select nya mesti ada banyak. Bukan tu je.. kadang-kadang pergi bukan setakat beli aiskrim, tapi borong makanan jugak. Sampai dua-tiga bag plastik usung masuk dalam kereta. Hehehe.

Kedua, korang boleh membeli canister Shell pump yang berharga RM7.90 dengan setiap pembelian apa-apa barangan di kiosk Shell Select (minima RM6 bagi setiap resit).

Ataupun yang ketiga, pengisian minyak minima sebanyak RM40 daripada 16 sehingga 22 Oktober 2016, yang melayakkan korang untuk membeli Shell Tanker edisi terhad pada harga RM12.90.

Disamping 3 pilihan ini, dengan setiap pembelian minyak enjin Shell Helix HX5 (3 atau 5 liter) juga, korang layak untuk membeli Helix Car Care Kits pada harga RM12.90.

shell-car-care-kit
Shell Helix Car Care Kit

Manakala sekiranya korang membeli minyak enjin Shell Helix Ultra ataupun Shell Helix HX7 (4 liter), korang layak menerima Helix Car Care Kit secara percuma.

Untuk makluman korang, setiap model canister mampunyai tarikh jualannya yang tersendiri. Dimana pada tibanya setiap tarikh itu, barulah jualan canister model-model tertentu akan dijual kepada umum.

Haa..!!

Collector barang-barang limited edition.. Sekarang, korang dah tahu cara bagaimana nak kumpul Shell Heritage canister ni.

Jadi, bolehlah korang mula hidupkan kereta masing-masing. Pergi stesyen minyak Shell berdekatan, beli koleksi canister ni cepat-cepat. Kalau minyak kereta sendiri penuh, pinjam kereta kawan tolong mereka isikan minyak (tolong isikan je, duit isi minyak diorang bayar sendiri la.. Hahaha). Dapat resit, beli canister. Heee.

Nota: Set canister besar aku, aku jadikan tabung je. Satu tabung hijau, satu tabung oren, satu tabung biru dan satu lagi tabung syiling. Untuk canister kecil pulak, aku jadikan tempat untuk simpan kerongsang, butang baju melayu dan barang-barang yang seangkatan dengannya. Hehehe.

p.s: Canister limited edition, rare collectors item. Memang cepat sold out nanti. Siapa cepat, dia dapat. Kesemua Shell Heritage Canister boleh didapati di kesemua stesyen Shell di seluruh Malaysia. Untuk rujukan lanjut, layari www.shell.com.my/heritagecanister.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Syampoo Tyzara Merawat Masalah Rambut Gugur

    Servis Vios Bila Dah Masuk Mileage 140,000km