Yeos, antara produk minuman kegemaran aku.
Yang paling kerap dibeli adalah Yeo’s minuman laici. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat dengan air laici tersebut sedangkan buah laici memang aku tidak sesekali akan makan.
Well.. Apa nak dikata. Walaupun ia nampak pelik bagi sesetengah orang, namun itu memang fakta yang tidak dapat dinafikan.
Aku hanya suka minum Yeo’s minuman laici. Airnya yang terasa manis-manis buah, tidak keterlaluan rasanya jika aku katakan sudah cukup dengan airnya sahaja aku dapat menikmati hidangan buah yang sebenar. The Natural Choice lah katakan.
Satu tips yang selalu aku praktikkan untuk menikmati kepuasan maksimum jus laicinya iaitu dengan menuangkan air laici tersebut didalam gelas dan kemudiannya diisi dengan ketulan ais sehingga penuh. Air laici yang sejuk itu diminum ketika cuaca sedang panas terik dan untuk mendapatkan extra feel, lebih afdal sekiranya dalam tempoh itu korang dapat santaikan diri di tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Peh.. Syahdu.
Bukan aku seorang sahaja yang gemarkan Yeo’s minuman laici. Anak aku Khair, sekarang ini pun dah mula menunjukkan ciri-ciri yang hampir menyerupai aku. Pantang nampak paket yang baru dibeli, habis semua dibedalnya. Minta satu pun dah marah-marah tak nak kongsi. Memang pilihan semula jadi betul.
Aduhai, sebagai bapa mithali aku terpaksa mengalah demi anak. Susahnya nak cari bapa macam aku kan. Hahaha.
Kepelbagaian produk
Okay.. Bercakap tentang Yeo’s ini, rasanya sebelum ini masih ramai yang tidak sedar akan kepelbagaian produk yang telah pihak Yeo’s keluarkan. Sebenarnya produk keluaran mereka bukan hanya terhad kepada produk minuman yang kebiasaannya selalu kita dengar seperti Yeo’s minuman teh bunga, teh kundur, teh ais limau, tebu, soya, soya hitam, soya jagung, cincau dan lain-lain lagi. Tetapi, jenama Yeo’s kini telah melebarkan sayap penjenamaan mereka kepada produk pemakanan pula.
Antara yang menjadi kegemaran aku sekeluarga adalah Vindaloo dan juga kurma ayam, dimana produk-produk ini adalah daging ayam sebenar yang telah dimasak dengan resipi tersendiri dan ditinkan bagi kesenangan pengguna. 2 minit siap dan boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.
Haa.. dan yang paling menarik tentang produk ini, jangan tak tahu pula ianya bebas daripada bahan pengawet dan juga MSG ( monosodium glutamat, iaitu sejenis garam natrium ).
Oh ya..sebelum terlupa, dengan sukacitanya aku ingin maklumkan bahawa Yeo’s merupakan penaja utama bagi Sepetang Bersama Blogger 2014. Jadi sebagai tanda terima kasih diatas sokongan mereka terhadap industri blog tanahair, marilah kita sama-sama mengikuti laman-laman sosial mereka seperti yang tertera dibawah:
- Facebook : www.facebook.com/YeosMalaysia
- Twitter : twitter.com/YeosMalaysia
- Instagram : instagram.com/yeosmalaysia
- Google+ : plus.google.com/105235723685382687885/posts
- YouTube : www.youtube.com/yeosmsia
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Nota: Cadangan aku kepada pihak Yeo’s agar dapat membuka satu mesin aiskrim yang diletakkan di pasaraya-pasaraya terkemuka tempatan, dimana susu yogurt yang dipasarkan itu boleh ditukarkan menjadi frozen yogurt ala-ala Tutti Frutti pula. Sekarang kan trend, lagipun susu yogurt Yeo’s memang dah sedap pun. Mesti lagi ramai yang suka.
p/s: Jangan lupa untuk share artikel ini di Facebook dan juga Google+ ye. Terima kasih.
Kelebihan produk Yeo’s ini mudah diperolehi.
Siap modified kari Yeo’s, mesti tambah sedap ni…
Billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.
Nampak kari tu sangat menyelerakan lah 🙂 power entri last ni.. dah g+, LIKE dan Tweet tanda sokongan rakan blogger..
fuhh..semua dah siap ye..
model atas katil tu cam tak cukup yeo’s jeeee
tak sempat nak buat. sibuk ngan baby dan SEDA.
tapi memang air yeo’s jadi peneman nampaknya
wah nmpk sedap plk vindaloo tue..tp xpenah plk ciktom mkn produk mknn yeos dlm tin..maybe blh cuba pasni..hee
done share fb & g+…
aku pun memang suka black soy… rasa tak cukup kalau minum sebotol…
Wah.. dah semakin ramai join contest yoes ni… ni yang rasa nak join jugak ni…
tapi tengok kari tu tak tahan tu… tiba-tiba perut berbunyi..
Terbaiklah Bro! Kita punya minat sama; perasa Lychee 😛
Baru tau makanan dalam tin tu bebas MSG. Boleh la cuba nanti.
P.s. – Good luck! Dah like, share & G+
ooo suka laici ek..setiap orang berbeza citarasanya kan
Try la taucu Yeo’s memang sedap 🙂
memey pilihan semulajadi 🙂
Good Luck dan saya dah tekan G+…
Yeo’s adlah pilihan semulajadi iaitu pilihan untuk semua. Semoga berjaya bro….
menarik juga cadangan letak mesin frozen yogurt tuh… air yogurt yeo’s pun boleh tahan sedap juga~
btw, good luck, ya…
saya supoort entri ini dgn G+ & FB Share~