in ,

Yeo’s Kini Berwajah Baru


Bila sebut Yeo’s, kalau orang tu tak kenal.. memang patut dia pindah planet pluto.

Yeo’s, jenama air kotak yang memang popular sejak zaman aku kanak-kanak lagi. Kalau sebut air kotak Yeo’s, paling aku suka.. air laici.

Minum berkotak-kotak pun tak apa. Sebab.. sedap.

Airnya tak terlampau manis, kalau letak dalam gelas kemudian ditambahkan dengan ais, lagi sedap. Pehh.. sejuknya mengalir dalam perut, nyaman. Hehehe.

Yeo’s Berwajah Baru

Hari ini, untuk memperkukuhkan lagi jenama Yeo’s dimata pengguna, pihak Yeo’s telah melancarkan wajah baru bagi produk-produk minuman mereka.

Wajah baru ini, yang bermotifkan “Pelangi Hijau”, memperlihatkan rekaan bungkusan produk-produk yang lebih bersifat semula jadi.

Produk Yeo's
Produk Yeo’s dari kiri: Teh krisantimum, Soya, Teh Kundur, Laici, Tebu, Teh Jasmin dan Teh Ais Limau.

Yeo's baru

Yeo's laici
Laici.. kegemaran aku.

Amacam? Lawa? Nampak kemas kan.

Jujur, jika dibandingkan dengan bungkusan yang dulu, aku lebih suka bungkusan yang baru ni. Cantik.

New Yeo's

Beramal Sambil Menang Hadiah

Bersempena dengan pelancaran wajah baru ini, pihak Yeo’s juga turut mengambil kesempatan melancarkan sebuah cabaran amal.

Cabaran ini yang dinamakan “Cabaran Amal Yeo’s Ceria Ria Pelangi Hijau“, adalah bertujuan untuk mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada 6 buah rumah kebajikan yang terpilih di Malaysia.

Bagaimana cabarannya?

Mudah.

Anda hanya perlu mengambil gambar bersama-sama dengan produk Yeo’s, kemudian memuat naik gambar tersebut ke laman sosial (seperti FB & IG) berserta dengan hashtag rasmi iaitu #yeoscharitychallenge.

Ataupun, anda juga boleh merakamkan sebuah video berdurasi 30 saat yang dinyanyikan bersama-sama lagu tema terbaru Yeo’s, dan video tersebut hendaklah di muat naik ke laman sosial berserta dengan hashtag.

A video posted by Hafiz Rahim (@hafizmdrahim) on

Setiap penyertaan anda akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM1 (bagi setiap gambar) manakala RM10 (bagi setiap video) kepada tabung kebajikan.

Dan ya, tidak dilupakan.. Sebagai tanda penghargaan Yeo’s kepada peserta, bagi setiap penyertaan yang kreatif, akan membolehkan anda berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan sebanyak Rm1,000 selama 14 minggu.

Wuu.. best. Dah lah buat charity, kemudian.. kalau paling kreatif, boleh menang duit. Cer bagitahu, siapa tak nak duit? Hehehe.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web mereka di www.yeos.com.my


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply
  1. Menarik giler ni! Nanti nak ajak anak-anak join la contest Yeo’s tu hehe. Packaging baru Yeo’s ni pun unik dan ‘segar’ … tahniah Yeo’s!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *