Yeay! Success Hari Pertama Di Taska

Ahamdulillah, lega. Selesai satu perkara. Sebelum ni bukan main risau kitorang nak cari taska yang sesuai untuk Haziq.

End up dapat cari taska yang betul-betul dekat dengan rumah. Jarak pun tak smpai 50 meter. Hohoho.

By the way, hari ini merupakan hari pertama Haziq pergi taska. Dan disebabkan hari ini daddy dah masuk kerja lepas seminggu cuti raya, ibulah yang pergi hantar. Jalan kaki je pun, sebab dekat. Hee.

Masa balik, daddy ikut ibu sekali pergi ambil Haziq. Yelah, excited nak tahu macam mana keadaan Haziq first day kat tadika kan. Dan lagipun, in case kalau ibu tak dapat pergi ambil takde la cikgu tertanya-tanya siapa aku. Kang dia chop aku datang nak culik Haziq pulak. Hahaha

So far hari ni sepanjang peninggalan Haziq di taska, bilamana kitorang tanya teacher sama ada Haziq buat perangai ke tak, teacher siap jawab..

Saya bedungkan baby masa tidur tadi.

OMG.. What?

Rasa tak caya kejap. Kat rumah Haziq marah kot kalau bedung dia. Siap jerit lagi. Tapi kat taska teacher kata dia well behave.

Huhu.. Thank you Haziq. Lega sangat dengar macam tu. Dari mula-mula hantar tadi ibu dan daddy berdebar kot nak tahu progress Haziq. Kot-kot la tak sesuai.. masak nak kena cari taska lain.

Bersyukur sangat. 😉

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Good boy haziq. Hahahaa..macam mikhail dulu la, kat rumah x blh bedung tapi pengasuh bedung elok jer. Ni tunggu turn muqri la xtau macam mana nanti huhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *