in

Yeay.. MPKj Dah Datang Tebang Pokok


Sebelum ni aku pernah cerita tentang perkhidmatan MPKj yang datang kerumah untuk cantas dahan-dahan pokok tepi jalan dikawasan perumahan terutamanya bila melibatkan rumah yang korang duduk. Semalam pula, sekali lagi cerita yang hampir sama.

Aku hantar aduan kepada MPKj melalui laman web online mereka di Sistem Pengurusan Aduan #SmartSelangor iaitu selangor.spab.gov.my untuk minta mereka tebang terus pokok besar yang ada depan pagar rumah aku.

Well.. bukan sebab masalah besar sangat pun aku minta MPKj tebang, tapi sebab daun dia dah mula merimbun balik. Dan aku pula sejenis manusia yang malas nak sapu laman rumah tiap-tiap hari.

Pokok depan rumah aku yang besar tu aku tak pasti daripada spesis pokok apa, tapi apa yang boleh aku cerita.. kalau bab daun, sehari tu dah boleh kumpul seplastik. Mana boleh tahan bro. Tambah lagi bila dah besar merimbun, kucing pun tumpang sekali jadikan port dia “membuang”.

Faham-faham je la.. najis kucing ni kalau ada depan rumah, baunya menusuk hidung. Lagi fresh, lagi pekat baunya. Boleh sakit kepala jadinya. Hahaha.

Actually bab MPKj datang tebang pokok depan rumah aku ni, sebenarnya aduan dah dibuat bulan lepas. Tapi aku sedia maklum, mesti diorang akan datang lambat sebabnya dalam daerah Kajang ni bukan rumah aku sebiji je yang perlu diorang selesaikan masalah.. rumah jiran aku, jiran kepada jiran aku, jiran kepada jiram taman sebelah.. haa ramai.

So, bila mana melihatkan MPKj ni datang selesaikan aduan aku dalam tempoh sebulan..bagi aku kira acceptable dah tu.

Lagipun diorang datang bukan minta bayaran, tebang secara percuma je. Siap tolong angkut sekali kayu-kayu batang pokok tu. Kalau upah orang luar datang tebang mana nak dapat macam tu.. kan? kan? Jimat. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *