in

Yeay! Dah Tak Ada Hutang Kereta


9 bulan, berjaya jugak habiskan. Loan kereta guys. 9 tahun bukan satu tempoh yang pendek. Lama tuuu. Kalau tukar jadi bulan, total 84 bulan. Makna kata, 84 kali gaji nak kena tunggu untuk habis bayar loan baru kereta jadi hak milik kekal.

Alhamdulillah, tempoh 84 bulan tu akhirnya berakhir jugak semalam. Actually kalau ikutkan schedule betul, dah habis hujung tahun lepas. Tapi sebab ambik moratorium masa PKP dulu, maka extend la sikit tempoh pembayaran tu.

Pembayaran yang terakhir ni pun, aku delay sikit bayar. Bukan sebab tak ada duit, tapi sebab tak boleh nak bayar secara online. Sebelum-sebelum ni aku bayar guna M2U je, tapi loan payoff ni nak kena pergi kaunter jugak.

Nak pergi kaunter, almaklumlah PKPD kat Selangor. Cuak jugak nak rentas daerah. Tapi memandangkan dah agak lama hold pembayaran (sebulan lebih), maka semalam aku try jugak pergi branch dan akhirnya tiba dengan selamat.

Nak buat loan payoff ikutkan mudah je. Sampai je branch hire purchase, cakap nak buat full settlement nanti pegawai bank akan entertain korang. Diorang check sistem, bagi geran asal.. lepas tu buat je pembayaran terakhir yang kena dijelaskan tu.

Untuk kes aku, amount yang kena bayar tu 3/4 daripada instalment bulanan je. Ikutlah pada perjanjian dan berapa korang dah bayar, kalau instalment bulanan memang korang ada sengaja bayar lebih.. maka final instalment tu akan jadi lagi kurang.

Dah bayar, settle lah. Pegawai tu cakap, akaun loan akan automatik close. Manakala release letter pulak katanya akan diberi secara online by email. So tunggu je la.

Yeay.. akhirnya, satu lubang berjaya ditutup. Vios aku dah bebas hutang. Lega weh. Kalau orang tanya nak tukar kereta baru tak? Aku jawap, rilek dulu la. Simpan duit dulu. Nak merasa gak duit extra lebih sikit. Sebelum ni asyik cukup-cukup makan je. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.