in

Yeay! Car Seat 360° Rotate Untuk Haziq


Berjaya menyahut saranan kerajaan. Beli car seat untuk Haziq. Actually lama dah memikirkan nak beli benda alah ni, tapi sebab terlalu banyak sangat pilihan.. so jadi rambang mata. Hahaha. Last-last beli juga yang jenis boleh rotate car seat tu 360 darjah, sebab bila tengok video review macam memudahkan je aku nak angkut Haziq keluar dari kereta. Tak kurang juga, kalau ada makanan tumpah or whatsoever.. memudahkan kerja nak menguruskannya.

By the way baby car seat ni aku beli kat Shopee je, sebab mudah.

Brand? Little One. Tak sure brand dari mana. Tapi design katanya dari German. Entahlah betul ke tak.. yang penting, aku rasa produk ni buatan China jugak. Ahh.. tak kisah pun sebenarnya. Asalkan built quality nampak kukuh, ada Isofix, ECE R44/04 Approved.. itu cukup la.

Harga pun tak mahal mana, cuma RM329 je lepas diskaun – ni haa link Shopee.. Baby car seat Little One. Harga asal RM999.. entah betul ke tidak. Aku rasa itu sekadar gimik pemasaran semata-mata je.

So, aku dah beli.. korang pulak macam mana? Dah beli ke belum car seat?

Dengar kata start tahun depan pembelian car seat ni lagi strict sebab kena patuhi beberapa syarat minimum. Aku kalau benda gini.. serius malas nak pening–pening kepala. Sementara mudah, kasi settle je cepat-cepat. Aman hidup.

By the way, bila car seat dah sampai.. produk cun, kualiti mantap, function best.. rupa-rupanya baru aku sedar bahawa vios aku ni model lama yang mempunyai kekurangan dimana ia tidak dilengkapi dengan cagak (latch) Isofix. Puas aku godek kat seat belakang tadi kot-kot jumpa la cagak Isofix tu untuk pasang car seat ni kan, sampai berpeluh.

Bila google, rupanya cagak Isofix ni hanya disediakan pada model vios yang selepas vios aku. Akibatnya terpaksa la aku pasangkan car seat ni macam car seat biasa (silangkan seat belt), yang menyebabkan rotation 360° car seat tu tak boleh digunakan pun. Adoyai.. nasib-nasib. Takkan nak trade in kereta baru pulak kan semata-mata nak ada Isofix. Terima je la seadanya. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *