Yeay!.. Aku Menang Liga Buddies Dalam Fantasy World Cup 2018


Félicitations France! (Tahniah Perancis!). You deserved it. 4 gol berbalas 2. Walaupun 1 daripadanya adalah own gol daripada pemain Croatia, Mario Mandžukić, tapi gol tetap dikira gol kan. Aku bekas pelajar Malaysia France Institute, maka disebabkan itu aku menyokong France, dan kemenangan France sudah semestinya sedikit sebanyak membanggakan aku.

Lebih membanggakan lagi apabila game World Cup Fantasy yang pertama kalinya aku libatkan diri untuk berentap bersama rakan-rakan blogger, membuahkan kemenangan. Lead dari awal game sampai ke final World Cup. Total point aku 266.

Not bad jugak la kan bagi kategori novice boleh menang dengan sekumpulan pemain fantasy yang lebih berpengalaman. Nampak sangat taktikal aku lebih mengancam daripada diorang. Hehehe.

LIneup terakhir aku untuk Final World Cup. Tak power, tapi cukup untuk bagi aku point kemenangan. Hik hik hik

Well, tamatnya final World Cup Russia 2018 diantara France dan Croatia semalam menandakan tamatnya juga tempoh untuk aku bermain World Cup Fantasy. Ada juga bunyi-bunyi dari “suara yang kalah” dengan mencabar aku untuk join game Fantasy Premier League pulak.

Hmm.. bukan takut guys. Tapi, tengok dulu la. Nak main game strategy macam ni banyak nak kena study. FPL tu bukan sikit team yang main, kang terabai komitmen aku yang lain.

Apa-apa pun, aku menang guys. Aku menang! France champion dalam World Cup 2018. Aku pulak menang World Cup Fantasy. Gila power. Woohoooo!

p.s: Eeee.. malunya korang kalah dengan aku. Hahahaha.



2 KOMEN

  1. Nasib jer bro. Hehehe. Fantasy BPL tu x perlu mu nak study setiap team. Benda tactical 40%. Selebihnya luck. Aku setiap tahun main fantasy BPL tu. X der nya nal study lelebeh. Luck jer. Keh Keh Keh. Takut ka?

    Mcm lan. He’s true gambler. Kalu semalam France x bolos Dan player dia score, point dia akan tinggi. X tapi x der luck dia maka dia corot. Keh Keh keh

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini