Yeah.. Khair Tak Minum Susu Botol Lagi Dah


Lagi berapa minggu nak masuk darjah 1, akhirnya dia ucapkan selamat tinggal juga buat botol susunya. Kalau sebelum ni bukan main susah nak pujuk dia berhenti menyusu, tapi bila dengan mak long dia.. kejap je menurut perintah.

Itu pun lepas disogokkan dengan ayat-ayat yang mengatakan sepupu dia, Aqeel, “kuat” sebab dah tak minum susu guna botol, tapi lebih kepada minum susu segar dalam kotak menggunakan gelas. Dia pun nak ikut jejak langkah yang sama.

Suruh daddy beli susu kotak, setiap malam minum segelas.. lepas tu keesokan paginya pula lagi segelas.

Ikutkan dia, nak minum anytime je. Tapi memandangkan kos nak beli susu tu lebih mahal, so ibu daddy habis cipta helah nak suruh dia hadkan minum susu kotak. Hahahaha.

Apa-apapun, satu perkembangan positif la ni dah bercerai susu botol. Memang tak minum langsung dah. Beberapa bulan sebelum ni kalau nak minum pun sorok-sorok tak nak bagi orang nampak, tapi kali ni tanya nak bancuhkan tidur malam pun dah tolak siap-siap. Heee.

p.s: So kalau ikut umur dia (campur tolak bulan kelahiran dan menyusu badan), anggaran tempoh Khair minum susu botol ialah 5 tahun setengah. Korang pulak, ingat tak lama mana korang menyusu? Aku tak ingat. Kalau ingat, macam pelik je melainkan mak ayah bagitahu. Hehehe



2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini