in ,

Wow! Murahnya Barang-Barang Di Shopee


Dengan lambakan website jualan online yang wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, mesti korang akan tertanya-tanya which one of those ecommerce sites that suit your needs the best kan. Betul tak?

Seriously, kalau korang tanya pandangan peribadi aku pun, aku akan jawab.. aku pun tak tahu yang mana satu paling best. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Cuma untuk gain trust aku untuk jadi buyer kat website diorang, sesuatu website itu mestilah mempunyai process flow yang mudah. Sebabnya, kalau jenis website yang bilamana korang nak beli barang kecil cenonet pun dia punya required detail banyak bukan main, jenis macam ni memang aku banned siap-siap. Hohoho.

Tapi, kadang-kadang bila dah ada banyak website ecommerce ni, ada kebaikannya juga. Satu tabiat aku bila ada web-web macam ni, aku suka go through kesemuanya one by one for surveying purpose. Survey market lah katakan. Kemudian, bila aku dah tahu harga jualan online, aku kemudiannya akan compare dengan kedai yang menjual barang yang sama secara fizikal.

By doing that way, aku rasa lebih selamat dan jimat walaupun kadang-kadang dari satu sudut aku rasa akan rugi juga when it comes to travel expenses dan masa untuk aku habiskan ke kedai untuk pergi beli barang. Hahaha.

Tapi, itu dulu punya cerita. Cerita sebelum aku secara tak sengaja dikenalkan dengan satu website ecommerce ini, Shopee namanya.

Walaupun bagi aku pada awalnya.. aku rasa this ecommerce site is not popular as L*****, but nowadays this kind of ecommerce site dah mula meniti dari mulut ke mulut rakan-rakan terdekat aku. Antara faktor yang sering menjadi sebutan mereka kerana harga barang-barang yang dijual di Shopee lebih murah.

What.. murah?

Yes, you read it right.

For example the new trending toys yang budak-budak WeChat tengah dok layan sekarang ni, iaitu fidget spinner.

Dengan kos below than RM5 pun korang dah boleh beli seketul. Dan lagi best.. korang boleh dapat free delivery lagi. Dengan syarat, total purchase adalah RM30 above.

Well.. Mudah je tu. Cara nak lebih RM30, korang ajak je member beli tong-tong. Haa.. bijak tak aku? Hehehe.

By the way, siapa otak business dan pandai grab peluang, mesti diorang nampak peluang ni dan akan beli borong lepas tu jual balik. Keuntungan? Berkali ganda beb. Hoho.

Dari segi payment dan delivery process di Shopee pula, straight forward.

Macam baru-baru ni aku ada beli powerbank.. Bermula daripada proses pendaftaran akaun sehinggalah ke proses pembayaran, memang senang. Piece of cake.

Daftar
Klik Beli Sekarang. (Harga RM37+ je kauu! Sama macam powerbank yang dah pernah aku beli kat kedai harga RM80. Hahaha)
Masukkan alamat penghantaran
Sahkan alamat
Dan bayar!

In a few step, siap proses pendaftaran dan pembelian. Dimana pada bahagian pembayaran nanti, korang ada 3 options iaitu kad kredit, online banking serta ATM/Pindahan bank.

Buyer convenience is the most prioritized, jadi pihak Shopee siap inform korang awal-awal bahawa korang entitle untuk dapat Shopee Guarantee. Which means, kalau dalam tempoh yang dijanjikan produk yang dibeli tak sampai, maka korang boleh extend tempoh untuk dapatkan produk tersebut. Ataupun jika korang malas nak tunggu. Simply klik Permohonan Pulangan/Bayaran Balik untuk refund.

Psstt.. contoh; Dalam kes aku, walaupun aku beli powerbank pada hari Sabtu petang. Aku dapat dalam masa yang singkat. Caranya?

Sejurus je aku melakukan pembelian online, terus je aku PM seller untuk bodek dia hantar cepat-cepat. Pada mulanya, seller tak dapat janji untuk deliver barang pada hari yang aku inginkan.

Tapi selang sehari yakni hari Isnin tenghari, tiba-tiba sampai juga powerbank yang aku order.

Thumbs up seller. Servis yang sangat laju. Tak sangka boleh sampai walaupun request short notice. Hehehe. Happy kejap. 😉

Note: +1 untuk features chat ini kerana ia membantu memudahkan urusan direct contact dengan seller. Kalau ada soalan atau masalah, boleh terus chat je.

Kesimpulannya, kalau nak dibandingkan Shopee dengan website-website ecommerce yang lain, aku lebih seronok dan selesa membeli belah di Shopee. Ini kerana proses jual beli di Shopee lebih telus serta mudah, dan yang paling penting barang yang dijual disini juga murah dan “tak masuk akal”.

Bukan itu sahaja, malah.. if you are thinking of to be one of shopee seller pun boleh sebenarnya. Asalkan korang ada akaun profil Shopee, terus je korang boleh jual barang-barang yang korang nak jual.

Rujuk balik gambar atas. Nampak tak pautan kedai online aku tu – shopee.com.my/hafizmdrahim. For your info, once you’ve registered with Shopee, you’ll get your online shop set up automatically.

Then, daripada situ korang boleh ajak rakan-rakan untuk follow kedai korang untuk keep up date with your latest products. Dan yang best juga, people can rate your shop based on your service.

Contoh Shopee seller. Rating 4.9

Of course, the higher rate is the better la kan. Menjual, bila dapat seller rate tinggi.. in return, customer trust pun makin tinggi. InshaAllah. Melalui proses sebegini business can expand further.

By the way, instead of shopping online thru their website which is Shopee.com.my, korang juga boleh memuat turun applikasi Shopee di telefon pintar korang. Ia disediakan di kedua-dua App Store (untuk iOS) dan juga Google Play (untuk Android), dan ianya boleh dimuat turun secara percuma.

Note: Mark your calendar with those dates. Sempena dengan Hari Raya yang akan tiba tak lama lagi, Shopee hadir dengan kempen mereka yang terbesar iaitu, Cahaya Raya bersama Shopee. Melalui kempen yang dijalankan selama 45 hari ini, daripada 15 Mei sehingga 30 Jun 2017, terdapat 25,000 produk dari 10 kategori dengan potongan harga sehingga 90% menanti korang.

Bukan itu sahaja, selaras dengan kempen yang dijalankan, terdapat juga kontes mudah iaitu 45 Days of Surprise Giveaways yang menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 (termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera), yang mana penyertaannya semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) korang dan rakan korang setiap hari.

Mudah kan?

Serius, siapa tak join dia rugi. Tak jenguk website Shopee pun kira rugi jugak. Sebab? Banyak gila barang murah.

So, untuk korang yang perlukan maklumat lanjut mengenai Shopee boleh layari website diorang di Shopee.com.my. Ataupun sekiranya korang nak usha-usha offer menarik untuk kempen Cahaya Raya, boleh jenguk di cahayaraya.shopee.com.my. 😊


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

23 Comments

Leave a Reply
  1. Salam.. saps tak truja kan… ok, pada pndapat sya la kan, memang dah lama nak cari entri blog cerita pasal shoppee ni..btw siapa pengasas shoppee ni ek?
    penerangan kat atas ni memang membantu kenal website ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *