Ramai orang tahu, WordPress merupakan free dan open source blogging tool. Tapi apabila bercakap tentang WordPress, mesti ada yang tertanya-tanya apa benda yang beza sangat antara WordPress.com dan WordPress.org. Bukan sama ke?
Jawapannya, SAMA TAPI TAK SERUPA.
WordPress.com
Dihostkan oleh WordPress sendiri, dimana kita tak payah belanja satu sen pun untuk bayar domain dan hosting. Segala data akan tersimpan dalam server WordPress. Pendaftaran blog juga cepat dan ringkas. Just follow instruction semasa daftar. Url akan jadi http://namablog.wordpress.com. Mempunyai fungsi yang terhad.
WordPress.org
Self hosted. Terpulang pada individu untuk memilih domain dan hosting provider. Selesai pembelian domain dan hosting, pengguna terpaksa install dulu software WordPress sebelum mempunyai akaun blog WordPress. Data-data akan tersimpan dalam hosting sendiri. Agak merumitkan bagi beginner, tapi mempunyai banyak kelebihan berbanding WordPress.com.
Kelebihan dan kekurangan?
WordPress.com
- FREE, tak perlu keluarkan duit
- Maintenance blog dijaga oleh pihak WordPress
- URL yang agak panjang http://namablog.wordpress.com
- Theme dan yang agak terhad
- Plugin tidak boleh digunapakai
- Tidak dibenarkan meletakkan sebarang advertisement (Adsense, Nuffnang, Advertlet dll)
WordPress.org
- Wajib mempunyai hosting sendiri, free atau berbayar
- Perlukan kemahiran semasa proses setup
- Boleh menghasilkan blog atau web yang menarik
- Bermacam-macam theme boleh di download
- Plugin senang didapati
- Advertisement (Adsense, Nuffnang dll) boleh diletakkan sesuka hati
- Maintenance blog tanggungjawab sendiri (update, spam, backup dll)
Saya pilih yang wordpres org aja.