WHISKAS® Menggalakkan Tanggungjawab Terhadap Pemilikan Haiwan Peliharaan Dalam Kalangan Kanak-kanak

Tanggal 23 Mei lalu, Mars Petcare mengumumkan bahawa mereka telah menjangkau lebih daripada 45,000 kanak-kanak dari 65 buah sekolah rendah pada tahun ini untuk menggalakkan Tanggungjawab Pemilikan Haiwan Peliharaan (RPO) melalui program sekolahnya, yang dipanggil Jom Sayangi Haiwan Kita.

Bermula daripada tahun 2015 dan diterajui oleh WHISKAS® Malaysia, inisiatif global ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga haiwan peliharaan terutamanya kucing, dalam kalangan pelajar sekolah berumur di antara 10 dan 12 tahun.

Program yang bermula dengan hanya 15 buah sekolah di sekitar Lembah Klang kini telah menjangkau sehingga Pulau Pinang, Perak dan Johor selepas negeri-negeri ini dimasukkan ke dalam senarai tahun ini. Setelah tamat sesi pada akhir bulan Mei 2017, usaha ini akan berjaya mencapai lebih daripada 66,000 kanak-kanak sekolah dalam tempoh tiga tahun.

WHISKAS® Memperluas Jangkauan Untuk Menggalakkan Tanggungjawab

“Adalah penting untuk kita menanamkan rasa tanggungjawab dan pemikiran yang tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan peliharaan mereka sendiri. Inisiatif Jom Sayangi Haiwan Kita membantu memberi maklumat yang tepat tentang cara penjagaan kucing peliharaan. Memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul. Pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik apabila bercakap tentang pemilikan haiwan peliharaan,” ujar Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director – Malaysia, Singapura dan Filipina.

Dikendalikan oleh jurulatih, sesi interaktif selama satu jam itu memberi peluang kepada kanak- kanak sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri kucing serta fakta-fakta menarik tentangnya.

Ia juga menyediakan maklumat tentang pemberian makanan yang sesuai kepada kucing dan bagaimana untuk memastikan kucing peliharaan mereka untuk sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Antara fakta menarik yang dikongsi bersama kanak-kanak di sekolah termasuklah; Misai kucing boleh mengesan haba serta halangan dalam gelap.

Melalui program ini, dapat diterapkan dalam minda kanak-kanak bahawa kedua-dua pemilik dan haiwan peliharaan boleh menikmati hubungan yang bermanfaat dengan rasa tanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan.

Haiwan peliharaan bukan sahaja mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan, malah ia juga menggalakkan si kecil untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang lain apabila mereka dewasa kelak. Dengan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan sifat tanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan, ia akan mewujudkan dunia yang lebih penyayang kepada haiwan-haiwan.

Untuk maklumat lanjut tentang program RPO di sekolah oleh Mars Petcare, korang boleh layari www.mars.com/global/doing-our-part/community-outreach/petcare.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Simple Google reCAPTCHA – Melindungi Blog Anda Daripada Spam dan Penceroboh

    3 Jenis Kuih Yang Sering Jadi Pilihan Di Bazar Ramadan