in

WhatsApp Mengalah


Akhirnya.. WhatsApp mengalah.

Sebelum ni ramai juga pengguna yang lurus bendul pergi bayar secara online untuk extend expiry date akaun WhatsApp mereka.

Ada beberapa orang diantara rakan aku yang dah terkena. Mereka fikirkan kalau tak bayar, nanti WhatsApp akan block akaun.

Yelah, WhatsApp kan penting sekarang. Setanding zaman-zaman SMS dulu. Tiap-tiap hari berjuta mesej yang dihantar.

Dan sekarang pun, majoriti yang menjalankan bisnes pun menggunakan WhatsApp sebagai platform pengiklanan atau medium perhubungan antara mereka dengan pelanggan.

Bila akaun akan expired mahu diorang tak gelabah. Hehehe.

Tapi..

Jujur eh.. sepanjang tempoh aku menggunakan WhatsApp, tak pernah lagi akaun aku kena block ataupun expired.

Reminder” supaya aku extend license dah berapa kali aku ignore. Kononnya kalau tak extend, applikasi WhatsApp aku dah tak boleh guna untuk hantar mesej.

Actually.. Gimik je tu. Pancing..

Cukup masa, aku tengok.. masih berfungsi elok je applikasi WhatsApp dalam telefon aku. Siap diorang auto extend lagi ada lah. Postpone expiry date akaun aku ke tahun hadapan pulak, dan ianya PERCUMA. Hehehe.

Cuma.. Bagi mereka yang cepat gelabah, aku rasa mesti dah melayang USD0.99 per year.

USD.. kalau convert RM, bukan sikit brader. Ikut nilai mata wang sekarang, lepas beli breakfast sehari.

Dan.. nak dijadikan cerita, malam tadi 2 telefon aku dapat notification. Katanya, akaun-akaun WhatsApp aku dah di-extend-kan access nya ke akaun “Lifetime”. Maksudnya, lepas ni takde lagi dah reminder-reminder akaun nak expired.

Dan.. dan..

Ianya bukan pada akaun aku je, aku dah check. Siap Google jugak. Ianya pada semua orang juga. Worldwide gitu.

WhatsApp_Lifetime

So, pada pendapat aku..

Memang sah.. WhatsApp, sebenarnya takut pengguna lari. Takut pengguna akan berpindah kepada applikasi-applikasi chat percuma yang lain.

Mereka sedar, sekarang ni dah bermacam applikasi chat dah dibina dan yang lagi best daripada WhatsApp pun ada, Telegram. Siap boleh broadcasst lagi.

Then, kalau pengguna lagi, macam mana lah diorang nak buat duit kan. Rugi-rugi. Hehehe.

p.s: Macam mana WhatsApp buat duit? Entah.. aku pun tak tahu. Cuma aku tahu, diorang takkan saja-saja bagi kita guna applikasi mereka secara percuma. Mesti ada udang di sebalik maggi. Kalau bukan iklan dalam applikasi, berkemungkinan data kita dijual pada syarikat-syarikat insurans. Takpun, ada cara lain yang lagi super advance yang boleh membuatkan mereka generate income melalui data pengguna yang super banyak ni. Hehehe. :p


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Saya pun ade dapat notification lifetime whatsapp tu.. Ingatkan dah kena tolak bayaran melalui google wallet.. Rupa-rupanya memang dia nk free btol2.. Saya klu nk kena bayar smpai $0.99 tu pun terpaksa jugak nk kena kluarkn duit.. Tapi xde laa mahal just standard laa harga tu.. Harga mampu milik selagi kita bleh bayar.. Tapi tu laa ramai sebenarnya yang xde akaun kad kredit atau kad debit.. Itu pasal Whatsapp bg free jer, takut2 ramai yg meninggalkan service dia sbb tak tahu nk bayar ikot mane..

  2. pelik kan.selalu cakap kena bayar..kita skip skip je , lepas tu boleh guna la pulak..akhirnya free juga..hehe.. tapi kalau kena baayr pun, tak pe rasanya. yang penting tak la mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *