Perancangan nak ke Melaka tu memang awal-awal lagi dah ada, sebab niat ke sana pun atas urusan kerja. Tapi.. sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan Khair sebab nak bagi suprise pada dia. Alang-alang pergi hal kerja, terus jadikan ia sebagai weekend getaway pun ok jugak kan. Hehehe.
Khair ni sebenarnya satu jenis perangai jugak. Sebabnya, bila daddy dah janji sesuatu dengan dia.. maka, hari-hari dia akan tuntut janji tersebut hinggalah dia dapat.
Makna kata, kalau kena pada orang yang tak tahu perangai dia, memang rasa rimas hari-hari nak jawab soalan yang sama. Macam iklan raya burung dulu tu. Hahaha.
Bercuti ke Melaka
Nak dijadikan cerita, suprise ke Melaka tempoh hari dapat ditunaikan. Alhamdulillah. Bangun pagi, gerak dari Bangi.. just mula-mula bagitahu Khair nak pergi jalan-jalan.
Tapi.. selepas keluar je exit Ayer Keroh, first pit stop.. singgah Zoo Melaka. Kat sini dah nampak riak wajah dia happy. Tapi, yang lebih membuatkan dia happy.. bila aku bisik di telinga dia..
“Abang Khair.. daddy nak bawak abang Khair pergi hotel..”
Nahh.. tahu je nak pergi hotel. Dia apa lagi, melenting kegembiraan. Dah la masa pergi zoo pun dah happy semacam. Kena pulak memang dia dah lama teringin nak tidur hotel. Tup tup.. angan-angan jadi kenyataan, terus keluar ayat dari mulut..
“Saya sayyyang daddy”..
Bertuah betul.. Hahaha!
Weekend getaway di DoubleTree by Hilton
Perjalanan ke hotel “suprise” yang dijanjikan tu tak jauh mana pun dari Zoo Melaka. Anggaran masa kalau tambah tolak masa yang dibazirkan kat trafik light yang bersepah-sepah kat bandar Melaka ni.. dalam 20 minit dah boleh sampai dah.
Manakala kalau jarak perjalanan dari Bangi pulak, sejam lebih.
Masuk tol Bangi, keluar exit tol Ayer Keroh. Bayar RM13.90. Then, dah sampai kat tengah-tengah bandar Melaka, cari bangunan yang paling tinggi.
Tadaa.. DoubleTree by Hilton Melaka.
Dari jauh terpampang signage hotel ni. Satu building yang sama dengan Hatten Place, tetapi di menara yang bersebelahan.
Tak sangka jugak aku pada mulanya. Ingatkan hotel DoubleTree ini dibina dalam building stand-alone yang memang dimiliki oleh DoubleTree by Hilton sendiri. Tapi, rupa-rupanya bila dah sampai sini.. hotel ini attached sekali dengan shopping mall yang diberi nama Elements Mall.
Tapi.. walaupun attached dengan mall, tak bermakna hotel ni low class. Seriously, kalau korang tengok dari jauh memang building ni nampak gah ditengah-tengah bandar Melaka.
Cuma, tak dapat aku lupakan juga situasi dimana aku “sesat” mencari parkir kereta kerana aku sangkakan DoubleTree ada separate parking lot. Hahaha.
Tapi lepas tanya pak guard, baru dapat tahu bahawa DoubleTree by Hilton Melaka ini berkongsi parking lot dengan pengunjung Elements Mall dan penghuni Hatten Place itu sendiri.
*But.. no worries. Walaupun berkongsi parking lot yang bermula di aras 5, mereka yang bermalam di DoubleTree by Hilton mendapat complimentary access untuk park kereta. Cuma perlu berikan tiket parking pada receptionist untuk validate. Then the rest ditanggung beres. Heee.
Welcome gift daripada DoubleTree by Hilton
Actually, dalam banyak-banyak pengalaman aku bermalam di hotel. Tak expect pun proses check-in hotel DoubleTree by Hilton ini sangat mudah dan mesra pengunjung.
Daripada mula saat mengisi form pendaftaran, simple brief daripada friendly receptionist hinggalah diberikan access card untuk masuk ke bilik. Semua urusan selesai tak sampai 10 minit.
Dan yang paling best.. Kitorang dapat 4 ketul signature cookies yang masih lagi suam-suam, baru lepas masak. Sedap woo!
Tatkala kaki melangkah mencari bilik, dah tentu ianya tak sesukar mencari parkir kereta. Bahkan, urusan bertambah lebih mudah apabila aku dan keluarga diiringi oleh bell boy yang sudi membantu membawa luggage sehingga kedepan pintu bilik.
Kat sini.. Sepanjang perjalanan berjalan kaki ke bilik, terpampang wajah Khair yang super excited bila nampak surrounding hotel yang cantik dan elegan.
Tak putus-putus keluar dari mulutnya ayat “It’s so much fun“, walaupun aku tahu ayat tu mesti dia belajar daripada Youtube. Hahaha.
Bilik besar, katil King!
First impression.. Awesome! Premium gila. Memasuki ruang kamar bilik, satu pemandangan yang indah terhidang didepan mata.
Satu katil besar berbantal lembut, bertilam empuk. Yang mana setibanya kitorang berbaring diatasnya, terasa macam nak berbaring diatas awan. Mendap! Fuh.. nyaman.
Ditambah lagi dengan view dari tingkap luas boleh nampak swimming pool kat bawah. Kalau ada binocular boleh skodeng orang.. Hahaha!
Tersedia juga, sebuah bath tub yang seksi untuk merendamkan badan yang penat. Mula-mula bagi peluang anak-anak dulu rasmi bath tub.
Lepas diorang dah penat main air.. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Giliran daddy pulak.
Mohon jangan tergoda okay. Kua kua kua. ;p
Makan malam di Makan Kitchen
Malam menjelma. Selepas puas berkubang didalam bilik, perut berbunyi-bunyi minta diisi. Nak keluar pusing-pusing cari kedai dalam bandar Melaka, terasa badan dah penat semacam.
Option terbaik.. bawak saja family makan di Makan Kitchen.
Terletak sama aras dengan ruang lobi di tingkat 12, Makan Kitchen menyediakan pelbagai jenis menu yang enak.
Akan tetapi, pilihan aku pada malam itu.. Satay!
Jujurnya, kalau compare dengan satay kajang pun tak setanding satay DoubleTree by Hilton Melaka. Satay DoubleTree, penuh dengan rasa rempah ratus dan well marinated. Kalau tanya Nora pun, mesti Nora kasi 5 bintang. Hee.
Sesudah kenyang.. time to move on. Katil yang empuk memanggil-manggil untuk mendodoikan kami. Kerana kepenatan, masing-masing tidur tak sedarkan diri.
Hari ke-2 – Cheatday, Mandi Swimming Pool Dan Bermain PS4
Memecah kesunyian awal pagi..
Tettt.. Tettt.. Tettt..
Tettt.. Tettt.. Tettt..
Pagi kami dikejutkan dengan bunyi alarm. Seperti semalam, Khair masih lagi excited untuk explore hotel ini kerana pagi ini dia dijanjikan dengan mandi swimming pool yang terbentang luas di level 13.
Namun, sedikit kekecewaan timbul pada riak wajahnya bilamana daddy keluarkan arahan tegas untuk semua pergi breakfast dulu sebelum terjun ke dalam swimming pool.
Ye lah.. nama pun budak. Dia tak kisah dah perut lapar asalkan nak capai apa yang dihajatkan. So, daddy sebagai ketua keluarga bertindak sebagai rules maker. Hahaha
Breakfast di Makan Kitchen
Menjamu selera pagi itu di tempat yang sama, Makan Kitchen. Perbezaannya terletak pada menu yang disediakan. Well, tak kan korang expect kena makan breakfast yang sama dengan dinner. Betul tak?
So, antara menu yang menjadi pilihan aku pada pagi itu adalah makanan ala-ala western seperti; omelet, beef slice, chicken slice dengan beberapa keping roti diletakkan cheese dan juga beberapa pencuci mulut yang enak.
*Tak boleh makan banyak-banyak, nanti nak pergi berenang tak larat. Hahaha.
Bertemankan juga air Teh Boh pelbagai rasa (aku paling suka passion fruit tea), sekaligus menjadi perfect combination bagi memanaskan badan serta menaikkan mood happy holiday kami sekeluarga pagi itu.
Mandi-manda di Infiniti pool
Apabila perut dah berisi, badan meminta untuk dimandikan. Kini tiba waktunya untuk aku sekeluarga bermandi-manda.
Towel checked! Swimming suit checked!
Eh.. sorry.. sorry! Actually tak perlu swimming suit pun tak apa. Pakai baju biasa je dah mencukupi untuk berenang-renang di kolam DoubleTree by Hilton. Sebab .. tak strict sangat
Dengan langkah bersemangat, kitorang 4 beranak berjalan ke tempat yang dituju. Dan seperti biasa.. Abang Khair, orang yang paling excited diantara kami menjadi orang yang pertama untuk melompat masuk ke dalam kolam.
Gedebush!
Biarpun sejuk katanya, tetapi bila tengok.. macam tak nak naik. Tak macam daddy, berendam sekejap pun dah terasa sejuknya hingga ke tulang. Tak sampai 10 minit terus surrender. Hahaha.
Memang honestly.. tak sangka airnya sebegitu sejuk. Mungkin kerana kolam ini berada dikedudukan yang tinggi ditambah pula dengan angin yang agak kuat datang dari pesisir pantai membuatkan suhu air bertambah sejuk.
Namun, tak dinafikan.. pengalaman mandi air sejuk ternyata suatu pengalaman yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi apabila dihidangkan dengan pemandangan dari atas bandar Melaka yang cantik dan menawan, rasa santai habis. Hohoho.
Sesudah mandi kolam, aktiviti diteruskan dengan menemani abang Khair bermain game PS4 pulak.
Terbuka untuk pengunjung dari jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam, fasiliti yang dinamakan Kids Club ini semestinya menjadi tarikan buat anak-anak.
Disamping tersedia dua buah konsol PS4 dan juga 2 unit Nintendo Switch, anak-anak yang gemarkan aktiviti permainan yang membina minda juga turut disediakan disini. Lengkap dengan penjaga sekali.
Oh ya.. sebelum terlupa, bagi korang yang suka aktiviti gym, DoubleTree by Hilton Melaka jugak menyediakan gym 24 jam. Bersih, tersusun dan selesa.
Aku walaupun kali ni tak bersenam, tapi sempat jugak la jejakkan kaki ke gym tu sambil selfie 2-3 keping.
Niat dihati memang nak bersenam, tapi disebabkan badan terlalu penat. Kena recharge dulu atas katil. Cewah.. kukuh kan alasan tu. Kah kah kah.
Makan Tengahari Dengan Menu Italy di Restoran Tosca Trattoria Italiana
Last but not least, sebelum balik.. kitorang menjamu selera buat kali terakhir di restoran hotel DoubleTree by Hilton Melaka. Dan kali ini, restoran yang dipilih adalah Tosca Trattoria Italiana.
Keunikan di restoran ini apabila ia menghidangkan pelbagai jenis hidangan pizza dan pasta, tak kurang juga ada sejenis nasi yang dimasak dengan seafood-seafood segar (Maaf, aku lupa nama).
Pendek kata, makanan yang dihidangkan disini adalah fresh disamping dapat memberi kepuasan yang berganda selepas menikmatinya.
Hinggakan Khair yang sebelum ini tak makan sayur, tak perasan apabila dia sedang makan vegetarian lasagna (daddy dan ibu diamkan aje sebab nampak dia berselera nak makan). Hehehe.
Berangkat pulang
Tiba masanya untuk kami berangkat pulang ke Bangi. Sebelum turun, sempat juga aku singgah di Axis Lounge untuk membeli “souvenir” cookies yang dijual dengan harga RM36 setin.
Bukan apa. Bila biskut tu sedap, kena buat standby. Mana tahu tiba-tiba dipertengahan jalan Khair buat permintaan pelik nak makan cookies tu lagi. Kalau tak ada, takkan aku nak kena u-turn balik. Penat woo. Hahaha
Well, pengalaman singkat selama 2 hari 1 malam berada di DoubleTree by Hilton Melaka ini betul-betul bermakna buat aku sekeluarga. Asalnya niat ke sana untuk bekerja terubat dengan quality time bersama family. Boleh jugak release stress.
Tempat tenang, servis bagus, makan pun sedap. So, in future kalau ada ada masa lagi untuk bercuti ke Melaka, rasanya tak ada tempat lain dah aku nak pergi kot. DoubleTree by Hilton Melaka adalah jawapannya.
Nota: Lagi gift daripada pihak hotel apabila korang boleh meninjau panorama bandar Melaka secara percuma melalui akses ke Skydeck di tingkat 44. Kat sini korang nak bergambar macam mana pun tak kisah, cuma kena hati-hati jangan pakai loose skirt. takut kang terbang kain tu kena tiup angin. Hahaha.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web DoubleTree by Hilton Melaka di www.dtmelaka.doubletreebyhilton.com. Ataupun sekiranya korang ingin melayari laman sosial mereka, boleh ke Facebook DoubleTreeMLK atau Instagram @doubletreemlk.
Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi mereka di nombor telefon 06-2223333 atau fax 06-2223344.
p.s: Kalau masih lagi bosan tak tahu nak buat apa masa kat hotel ni, boleh je turun level 10 tengok wayang. Agak besar jugak panggung wayang MBO kat situ.
Untong bdk2 tu kecik2 bejalan sakan n tmpat2 exclusive. Bleh msk kan dlm list weekend gateway tmpt nih. Tq blogger kacak utk maklumat terperinci tuh.. 👍🏻
Bestnyaaaa! Ni kalau bawak si kembar, ada yang tak mau balik ni haha
Best… Hilton mewah tp mampu byr.. Heee.. Dan part shopping mall tu menarik!
Uissshhh..ni kalau k.sal tak cukup 2 hari 1 malam gayenyer…bermalam² la gamaknyer. ..superb !!
Memang best stay hotel yg attach dgn shopping mall yg baru dan cantik. Infinity pool mmg sejuk giler. Patut letak heater ke.
best gilaaaa.. btw gmbr lawaa…
Bestnyaaa mandi kolam , xleh blah sape la nak trgoda dgn bampis haha
perghhhhh
signature cookies dapat tu yang best
ada rezeki nak try lah cuba hotel nih
nampak wow juga nih
Memang besar lah bilik dia, nak try juga lah semalam dua
Ya Tuhan, bestnya !! Semua gambar yang terhidang dengan penulisan bro Hafiz ni teruja plak kita dengan keindahan yang ada … adoi kena tengok jadual ni. Kena pegi ..
Wow! Hotel dan pemandangan dia mmg chanteq!