in ,

WeChat Speed All Star Race Ketagihan Terbaru Para Gamers


Wohoo.. WeChat Speed datang dengan update terbaru dimana ia menawarkan tawaran yang menarik melalui WeChat Speed All Star Race.

WeChat-Speed

WeChat Speed All Star Race, adalah satu perlawanan lumba kereta secara online. Dimana bagi tiga orang yang dapat merekodkan kutipan mata tertinggi bagi setiap pasukan akan berpeluang untuk berentap secara Live bersama selebriti yang telah diwakili oleh mereka.

Antara selebriti yang menjadi pilihan, ialah:

  1. Adam C
  2. Adrian Chan
  3. Diana Danielle
  4. DJ JJ
  5. Elfira Loy
  6. Yumi Wong

WeChat-All-Star

Haa.. pilih.. pilih.. pilih selebriti mana yang korang idamkan untuk dijadikan ketua pasukan. Bila dah pilih, cuba sumbangkan mata sebanyak yang mungkin untuk pasukan masing-masing. Selebriti yang berada dikelompok tiga teratas akan berpeluang untuk bertanding di pusingan akhir.

Aku? Sudah tentu akan memilih Diana Danielle. Well, best friend lah katakan. Mesti lah kena support each other. Betul tak? Eh..bocor rahsia. Hahaha.

Okay, sedikit trik ataupun tips kepada korang bagaimana untuk mendapatkan markah yang tinggi.

Guna diamond!

Ya, guna diamond. Dengan menggunakan diamond korang akan memperolehi beberapa kelebihan yang akan membantu korang dalam misi mengumpul mata tertinggi, antaranya; upgrade kereta yang lebih laju, upgrade experience pemandu, penjimatan petrol, auto-collect coin, kurangkan kerosakan kereta, top speed yang lebih tinggi dan juga lain-lain.

Tapi, bukan ke kalau nak pakai diamond kena bayar?

Oh.. Itu tidak perlu, untuk dapatkan diamond tidak semestinya korang perlu mengeluarkan duit poket. Terdapat beberapa cara lain yang lebih mudah dan dapat menjimatkan duit poket korang. Caranya begini, mudah.. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah dengan menyiapkan task-task yang diberi. Antaranya:

Bronze star events

  • Tamatkan perlumbaan dan sertai pasukan – 50 diamond
  • Menjemoput rakan-rakan untuk berlumba sebanyak 5 kali – 100 diamond
  • Mencapai markah sebanyak 100,000 – 100 diamond

Silver star events

  • Melengkapkan perlumbaan bersama kereta Class B ke atas – 50 diamond
  • Kongsikan sekali markah perlumbaan All Star anda di WeChat Moments – 150 diamond
  • Mencapai markah sebanyak 180,000 – 150 diamond

Gold star events

  • Mencapai markah sebanyak 250,000 – 200 diamond
  • Mempunyai 25 rakan permainan – 300 diamond
  • Mencapai ranking top 200 didalam pasukan – 300 diamond

Selain itu, cara yang lebih mudah untuk mendapatkan diamond secara percuma adalah dengan berkongsikan gambar markah yang telah korang perolehi setiap hari, setiap kali selesai bermain. Dengan cara ini 5 diamond secara percuma akan diberikan kepada akaun korang.

Tak cukup lagi?

Okay, fine. Kalau masih belum mencukupi.. Korang boleh mendapatkan lebih diamond berdasarkan jemputan yang dihantar kepada rakan-rakan WeChat korang. Untuk jemputan rakan yang melebihi 5 orang akan dihadiahkan sebanyak 10 Diamond. Manakala bagi:

  • lebih 10 orang akan menerima 30 Diamond
  • Lebih 15 orang akan menerima 50 Diamond
  • dan lebih 20 orang akan menerima 70 Diamond

Wow.. Cukup senang kan?

Tetapi.. Bukan cukup setakat itu, jika korang rasa ingin menambah lagi bilangan diamond.. korang boleh menggunakan tips ini juga iaitu tawaran harian, dimana 1000 coins, 5 hearts dan 50 diamond akan diberikan sekiranya korang login WeChat Speed AllStar Race selama 7 hari.

Tidak dilupakan juga bonus harian sampingan yang berbeza (jika korang login) mengikut tarikh yang telah ditetapkan:

  • 19/5: Dapat markah sebanyak 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 20 Diamond
  • 20/5 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7” (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 5000 coins
  • 21/5 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5000 coins.
  • 22/5 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma.
  • 23/5 : Cecah markah 1 juta pada hari ini untuk menangi 20 Diamonds.
  • 24/5 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
  • 25/5 : Guna Gas Tank sebanyak 3 kali untuk menangi 2000 coins.
  • 26/5 : Belanja 200 Diamonds untuk dapatkan 50 Diamonds percuma.
  • 27/5 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7” (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 20:00-2:00 untuk menangi 3000 coins
  • 28/5 : Cecah markah 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 20 Diamonds
  • 29/5 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5000 coins.
  • 30/5 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
  • 31/5 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7” (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 5000 coins
  • 1/6 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5000 coins.
  • 2/6 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
  • 3/6 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma.
  • 4/6 : Cecah markah 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 20 Diamonds
  • 5/6 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “8” (e.g. 208,898) sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 5000 coins

Haa.. So, macam mana? Menarik tak? Cukup senang untuk dapatkan diamond dan benefit-benefit yang lain kan? Meaning, kalau korang praktikkan tips yang aku berikan ini, tak mustahil pun sebenarnya untuk korang jadi top 3 nanti. Rajin atau malas je.

Untuk pengetahuan, aku sekarang berada dalam dalam ranking yang ke-1000+. Takpe, pelan-pelan kayuh. Aku baru je laburkan diamond-diamond untuk beli kereta baru. Jadi, masih sempat untuk kejar dateline AllStar Race ini yang akan berakhir 5 Jun nanti.

Wechat speed all star race finale

Vroomm.. vroomm.. jom start engine.

p/s:  Add ID WeChat aku “hafizrahim“.. Itu pun kalau korang berani berentap la. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. errrrr tak reti lol den dengan game2 moden nan canggih ni :))
    dan memang tak berani nak terjebak. takut ketagih. habis semua kerja tak selesai

  2. Oh my goodness! Impredsive article dude! Thanks,
    However I am experiencing problems with your RSS. I don’t understand why I
    aam unable to join it. Is there anybody getting similar RSS issues?
    Anyody who knows the anbswer can you kindly respond?

    Thanks!!

    Visit my homepage – Download 7-zip [Liza]

  3. Terima kasih di atas perkongsian info. . Tips ini dapat menjadikan persaingan lebih sengit di antara pasukan. .. good luck semua. . 😉

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *