in ,

weBoost Connect 3G Bantu Anda Tingkatkan Signal Telefon Bimbit


Signal teruk, panggilan tersekat-sekat ataupun SMS tak boleh nak keluar, itu adalah common problem bagi majoriti pengguna telefon bimbit apabila berada didalam rumah.

Masalah ini kebiasaannya terjadi kerana struktur bangunan yang menghalang penerimaan signal dengan baik, menjadi lebih teruk apabila rumah yang didirikan itu berada diluar kawasan liputan.

Sebagai contoh rumah aku sendiri di Bandar Baru Bangi, penerimaan liputan bagi DiGi secara average boleh dikatakan sentiasa full bar. Tetapi apabila berada didalam ruang tamu ataupun ruangan dapur didalam rumah, signal yang diterima akan turun secara mendadak hinggakan adakalanya ia hanya menunjukkan penerimaan signal 1 bar sahaja.

Jadi, apakah cara terbaik untuk tingkatkan signal telefon bimbit didalam rumah?

Untuk mengatasi masalah ini, aku telah menemui satu device yang sangat membantu aku untuk meningkatkan kembali signal yang hilang. Ingat lagi tak pada entri teaser berkenaan dengan signal booster yang telah aku keluarkan tempoh hari?

weBoost Connect 3G for Home

Ya.. signal booster. Device itu yang diberi nama weBoost Connect 3G, iaitu signal booster yang akan menarik signal 2G dan 3G dengan lebih kuat supaya dapat mengembalikan signal telefon bimbit anda ketika berada didalam rumah.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Mudah saja. weBoost Connect 3G ini berfungsi dengan menangkap isyarat luar, iaitu isyarat yang boleh digunakan, kemudian menguatkannya serta mengagihkan semula isyarat yang diterima itu kedalam seluruh kawasan rumah ataupun pejabat, dimana ia diperlukan.

Kesan daripada penggunaanya, kekuatan signal bertambah baik dan kembali pulih seperti sediakala, tiada lagi masalah dropped call ataupun panggilan telefon yang tersekat-sekat, kualiti suara semakin jelas, kelajuan muat turun semakin laju (data plan) dan jangka hayat bateri telefon bimbit juga akan menjadi lebih lama (kerana telefon bimbit tidak perlu bekerja keras untuk mencari signal).

Menarik tak?

Dah tentulah menarik kan. Aku salah seorang pengguna yang berpuas hati dengan prestasi device ini. Sebelum pasang boleh dilihat pada gambar spectrum analyzer diatas, peningkatan signal hampir 100% daripada keadaan sebelum pemasangan weBoost Connect 3G. Resultnya, speedtest data plan aku kembali menunjukkan maximum speed untuk line DiGi. Tak pakai Unifi pun tak ada hal lah. Hehehe.

DiGi speed test Bangi

So, bagi anda yang memiliki masalah signal tak kuat ataupun lemah dirumah, aku sangat recommend untuk anda cuba device ini. Harganya tak adalah mahal sangat jika dibandingkan dengan result yang anda akan dapat, harga pasaran cuma RM1145 (tanpa pemasangan). Jika ditambah dengan kos pemasangan, tambah lagi RM300-500 (bergantung kepada kawasan rumah anda).

weBoost Connect 3G installation diagram

Tapi, seriously.. bagi aku, pemasangan tu buat sendiri pun boleh. Cuma drill 3 tempat untuk pasang antena luar, antena dalam dan signal booster, kemudian sambungkan dengan coaxial cable yang telah diberikan.

Ala.. macam pasang Astro je. Rasanya pasang Astro pun lagi susah sebab nak kena setting decoder, ini tak.. main sambung-sambung, then siap. Buku manual kan ada. 🙂

Nota: Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai weBoost Connect 3G dan produk-produk keluaran mereka yang lain, anda boleh layari laman web mereka di www.weboost.com/my.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. Lepas ni ramai orang yang mencari Produk ni… Terutamanya dekat kawasan-kawasan yang line telefon selalu tak clear….

  2. Betul la, saya pun pengguna DIGI..kalau guna mobile data memang agak slow..dan kekadang pun gangguan tu ada juga..

  3. saya nak tahu.. boost signal untuk semua line ke ..
    berapa hrga boleh saya dapat alat ini kat mana ia

    no waasup saya 0124748812

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *