in

Warm Up Sebelum Tahun 2016


Banyak benda nak difikirkan, hari ni cuti public holiday pun dah tak dapat berapa nak ingat dah.

Nasib baik semalam tertengok kalendar. Kalau tak tengok, silap-silap pagi ni datang kerja seorang diri. Adoyai..

Tika ini, perasaan masih bercampur baur.. Adakalanya mood happy, adakalanya mood sedih.

Bila sedih.. cepat-cepat aku sibukkan diri. Malas sangat nak melayan perasaan sedih ni.. lama-lama makin banyak kerja tak siap.

Bak kata orang, life must go on. Perit macam mana sekalipun, Yang Maha Esa dah tentukan. Nak tak nak, kena hadap juga. Kena kuatkan semangat, baru semua kerja tak terbengkalai.

Project underground, baru nak start warm up balik. Sekarang dalam proses merangka plan supaya semuanya berjalan lancar.

Nak generate side income dengan blog, bukan mudah. Perlu ilmu dan konsisten dalam menyumbangkan tenaga. Kiranya sama jugak macam berniaga, nak buka kedai.. kena ada ilmu.. kemudian jangan malas. Kalau malas, lingkup.

Jadi, alang-alang dah akhir tahun. Aku simpan azam baru. Iaitu nak perbetulkan mana-mana kelemahan yang aku ada sekarang. Tingkatkan amal jariah, itu dah tentu.

Kelas Wordpress, berjalan macam biasa. Individu ataupun mana-mana group yang nak belajar, dialu-alukan untuk turut serta. Nanti aku MYSynergy Creative open registration untuk bulan Januari, korang boleh rujuk detail dekat sana.

Kelas WordPress MYSynergy Creative
Group coaching santai @ Bangsar South

I’ll try my best untuk kesemuanya. Semoga dipermudahkan. Aminn.

Nota: Tools untuk projek underground dah ada. Dua blog niche baru dah siap. 1 masih under development. Cuma sekarang ni mencari sesiapa yang boleh hulurkan fund untuk aku gunakan sebagai kos operasi. Pada mereka yang berminat boleh PM aku di Facebook, nanti kita bincang untung rugi macam mana.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply
  1. rugi sapa yang tak join…..walaupun dah ada asas tapi nak perkuatkan asas lagi itu sangat2 bagus….

    kadang kita macam tahu walhal sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu….

    thanks chegu ajar saya dari zero to bolehlah bangga sekarang nihhh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *