Wall Climbing Kanak-Kanak di Putrajaya Challenge Park

Ya, hari ni hari sabtu lagi. Hari untuk luangkan masa bersama keluarga.

Yang ada anak kecil, inilah masa yang sesuai untuk bawa mereka keluar bersiar-siar. Boleh bawa mereka bermain dengan haiwan-haiwan jinak di Farm In The City, boleh bawa mereka mandi-manda di Legoland Water Park ataupun boleh juga bawa mereka melihat pelbagai spesis ikan di Aquaria KLCC.

Minggu lepas, pada hari yang sama, aku berkesempatan untuk bawa Khair ke Putrajaya Challenge Park. Niatnya kesana, untuk mendedahkan dia dengan aktiviti sukan lasak, wall climbing.

Putrajaya Challenge Park_Wall Climbing

Apa? Wall climbing? Bunyinya macam merisaukan je?

Tak.. Tak perlu risau sebenarnya..

Aktiviti sukan lasak wall climbing untuk kanak-kanak disini selamat. Kerana infrastruktur yang disediakan dilengkapi dengan lantai ber-span tebal yang akan membantu menyerap impak sekiranya anak-anak korang terjatuh.

Khair Wall Climbing Putrajaya Precint 5

Tambahan pula, dinding-dinding memanjat kanak-kanak ini tidak dibina terlalu tinggi, bersesuaian kepada level mereka.

Putrajaya Challenge Park

Putrajaya Challenge Park-Wall Climbing

Wall Climbing Putrajaya

Seronoknya mereka memanjat!

Untuk makluman, sekiranya korang ingin berkunjung kesini, tiada bayaran dikenakan dibahagian kanak-kanak. Sebaliknya, bayaran sebanyak RM6 hanya dikenakan kepada pengguna-pengguna dewasa sekiranya mereka ingin memanjat (terdapat beberapa pilihan; Zone A Expert Bouldering Wall, Zone B Beginners Bouldering Wall, Zone C Expert Lead Wall, Zone D Top Roping Wall, Zone E Speed Climbing Wall, Zone F Intermediate Lead Wall).

Dan, waktu-waktu operasinya adalah seperti berikut:

  • Ahad hingga Khamis – dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam
  • Rabu, Jumaat dan Sabtu – dari jam 10.00 pagi hingga 10.oo malam
  • Ditutup pada hari Isnin pertama dan ketiga setiap bulan

Nota ringkas: Putrajaya Challenge Park terletak di Precint 5, Putrajaya. Kalau datang siang ramai orang. Kalau nak anak-anak lebih selesa, boleh datang malam. Kurang orang.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 10 Comments

    Leave a Reply
    1. Ooo..ada ye untuk budak? Bagus betul. Extreme park kat Shah Alam kurang sesuai untuk anak saya..better pergi kat Putrajaya ni. macam ok je tengok.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Nasi Dagang Paling Sedap

    Tempahan Nasi Dagang Semakin Laris!