Compare 4-5 tahun dulu dengan sekarang, rasanya banyak situasi yang dah berbeza.
Kalau dulu bila tiba masanya nak ber-shopping, ramai orang akan start kereta, start motorsikal, kayuh basikal.. bawak family pergi shopping mall, tak pun butik-butik atau kedai runcit. Tetapi zaman sekarang?
Hmm.. Malas lah nak keluar. Kita beli online je la wak. Jimat pun jimat minyak kereta kita..
Haa.. betul tak?
Well.. apabila semuanya dihujung jari, majoriti rutin-rutin harian boleh diselesaikan dengan sebuah gadget di genggaman.
Jika korang perasan, akibat daripada kewujudan pelbagai gajet berteknologi tinggi ini, pelbagai laman-laman web ecommerce juga muncul di internet bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Seriously, apa yang aku nampak dengan adanya laman-laman web ini, ia banyak membantu kita dari segi memudahkan pengurusan rutin harian dan yang paling penting.. “Jimat”. Jimat duit minyak, jimat tenaga dan juga jimat masa. Kan?
Tetapi, laman-laman web ecommerce ini bukan semuanya sama.
Ada yang menarik, dan ada juga laman web ecommerce yang entah hapa-hapa dibuat oleh developer. Dah lah berat, tak user friendly. Huh.. kalau lah sesuatu laman web ecommerce tu tak user friendly, jangan harap aku nak jenguk lagi. Buang masa.
Tetapi.. Berbanding dengan satu laman web ecommerce yang agak baru aku jumpai ini, ianya boleh dikatakan antara yang terbaik pernah aku lihat. Bukan sekadar ia menjual pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah, tetapi juga interface yang dipaparkan juga kemas, tersusun dan ringan. Laman yang aku maksudkan ialah, ezbuy.my.
Sesuai dengan tagline yang mereka gunakan, buy the world for you, ezbuy.my tampil sebagai one stop center kepada pelayar-pelayar online untuk membeli apa saja barangan. Diantaranya adalah baju, kasut, barangan bayi, perkakasan kereta dan juga gajet.
Beberapa perkara lain yang juga menarik perhatian aku mengenai laman ecommerce ezbuy.my ini ialah, apabila kepelbagaian produknya disertakan dengan pakej penghantaran yang murah, dengan serendah RM4.50/500 gram ataupun sekiranya korang merupakan pengguna Prime Service, kos penghantaran akan diselaraskan kepada RM8.80 per penghantaran tanpa mengira berapa banyak kuantiti barangan yang dibeli.
Wah.. ini kira sesuai sangat dah dengan korang yang nak berjinak-jinak dengan bisnes online. Borong banyak-banyak, kos penghantaran tak sampai RM10. Fuhh.. untung beb.
Hmm.. kalaulah aku ada modal kan. Dah tentu-tentu aku borong baju kanak-kanak mix & match (ini pun untung jugak, mix and match.. sepasang tak sampai $10.) Lawa-lawa pulak tu. Hohoho.
Jadi, kepada korang yang merupakan online shopper ataupun individu yang sukakan penjimatan, bolehlah layari laman web ezbuy.my ini.
Untuk pilihan yang lebih banyak, terdapat pecahan kategori produk yang boleh korang pilih sesuka hati.
Nota: Setiap pendaftaran baru di ezbuy.my akan melayakkan korang untuk menikmati voucher diskaun sebanyak RM15. Manakala sekiranya korang inginkan mendapatkan tawaran diskaun yang lebih banyak, masukkan sekali kod “ezship15” yang mana ia akan melayakkan korang untuk menikmati diskaun tambahan 15% untuk caj penghantaran.
p.s: Aku agak mesti lepas ni parcel akan selalu sampai ke rumah, sebab wife dah tahu kat mana lubuk nak beli baju murah-murah. Hahaha.
nak kena usha ni barang2 perabut.
kalo untuk pembeli dari Indonesia gimana yah?
bisa dikirim ke luar negeri gak ?
terima kasih dan salam kenal
I pun dah sakan bershopping baju budak budak, murah giler! Tak sabar tunggu parcel sampai hehe
wah murah-murah ya,,, sayang saya tinggal di Indonesia, nanti malah mahal ongkos kirimnya