Beberapa hari lepas sempat singgah di Wadihana Foodys Food Galore yang terletak di Bangi Gateway untuk menjamu selera.
Seperti biasa pilihan menu aku dan isteri agak berlainan. Isteri lebih suka memilih menu yang disertakan nasi, manakala aku pula lebih suka menu yang berasaskan roti ataupun mee.
Jadi untuk hari itu, kami masing-masing telah memilih BBQ beef sandwich dan grilled chicken chop with rice – Khair kongsi je dengan kami.

Bagi menu BBQ beef sandwich, aku rasakan ia sesuai dengan selera aku. Rotinya yang lembut, dagingnya yang pedas-pedas manis serta sayuran yang digunakan juga agak segar. Cuma satu sahaja yang tidak berapa kena dengan hidangan ini apabila french fries yang dihidangkan bersama, terlalu menyerap minyak. Hinggakan hilang rasa kentang itu sendiri.

Manakala bagi menu grilled chicken chop with rice yang telah dipesan oleh isteri pula, chicken chopnya juga sedap. Daging lembut apabila dimakan dan kuahnya sesedap rasa. Cuma apabila ia digandingkan bersama nasi butter, isteri perlu memakannya ketika panas kerana apabila ia sudah agak sejuk, akan timbul rasa muak.


Untuk minuman pula, aku telah memilih vanila milkshake untuk Khair, Oreo milkshake untuk aku dan hot white coffee untuk isteri. Well.. dari segi rasa dan persembahan, rasa milkshake nothing much to expect. Lebih kurang sahaja dengan rasa milkshake di restoran-restoran lain. Begitu juga dengan hot white coffee, tiada perbezaan jika minum di Old Town sekali pun.
So, overall aku just boleh bagi 3.5 bintang daripada 5 kepada restoran Wadihana Foodys Food Galore ini. Bukan kata tak best, cuma bagi aku, tidak ada apa yang terlalu menarik. Cuma kalau sekali sekala nak tukar mood makan tu boleh lah datang sini.
Nota: Harga yang dikenakan hari itu ialah RM70.15 termasuk 10% service charge. Terdapat beberapa item tambahan seperti 100 plus dan juga mushroom soup (yang ni tak sedap, so skip ambil gambar).
p/s: Bagi sesiapa yang ingin berkunjung kesini, pencarian restorannya amat mudah. Jika anda datang daripada lebuhraya Plus KL-Seremban, hanya perlu mencari susur keluar Bangi. Dari bulatan selepas tol Bangi tersebut, anda boleh nampak dari jauh (disebelah depa- kanan) ada sebuah bangunan yang bertulis Bangi Gateway.
Hmmmm… sedapnya. .. Terutamanya Oreo milkshake dan Vanilla milkshake tu… sekali minum tentu hilang dahaga. . 😉
saya tgk kopi tu macam sedap jer
Yang bagusnya di sini adalah ada banyak pilihan so 2,3 tiga kali datang boleh pesan menu yang berbeza…..
Last week ada program di Bangi
setelah 10 tahun tinggalkan bumi Bangi
baru menjejak kaki ke sana semula last week ada program dengan Zuhairi Nopiah
baru tahu ada Bangi Gateway
Wadihana ni our family feveret restaurant
anak2 sangat suka dengan pasta alfredo
tapi kami biasa makan yang kat seksyen 9 tu
mahal sikit tapi sedap berbaloi2 dan paling suka sekali ialah pelayan dia semua lelaki, o kurang risiko dosa suamiku
hehehehe
Banyak betul kedai makan kat bangi. French fries yang mahal biasanya tak serap minyak. Rasanya lemak2 dan saiznya pon besar. Memang puas hati.
Kadang2 la kan kumpul pitih nak makan omputeh :p
Ya Allah tengok gambar pun rasa dah terliur sangat dah, ini kalau dekat memang dah ku terjah,haisshhh menyelerakan sungguh
Yummy, Sedap-sedap semuanya..bikin terliuq 😀