in

VISA Prepaid Card Khas Untuk Peminat Manchester United


Pengguna Visa ataupun die hard fan MU mesti akan tergerak hati untuk guna Maybank VISA Manchester United Prepaid Card ni. Yelah, sebab antara kelebihan kad ini adalah dengan menikmati ganjaran 5x treatpoint sekiranya MU memenangi suatu perlawanan dalam liga premier.

Dah lah kad lawa, limited edition pula tu. Terpampang di kad tersebut perkataan “Sir Alex Ferguson Stand”. Nostalgia beb memandangkan MU sekarang bukan lagi dibawah bimbingan José Mourinho kan. Hohoho.

By the way, Maybank VISA Manchester United Prepaid Card ni fungsinya lebih kurang saja dengan Shell EasiGo American Express yang pernah aku ceritakan dulu. Ia adalah prepaid card (kad prabayar), sama konsep macam nombor telefon prepaid korang. Korang topup dulu sebelum boleh digunakan.

Cuma kelebihannya disini apabila kita dapat control amount yang kita ingin nak belanja dari kad Visa prepaid ini.

Well, dah nama pun Visa.. ada banyak merchant kat luar sana yang offer barang murah-murah kot. Dengan menggunakan Visa prepaid, once you reached your kredit limit (prepaid habis).. korang dah tak boleh swipe lagi dah sehinggalah korang topup semula certain amount – cara kejam supaya korang tak terlebih boros. Sesuai bagi kad ni pada anak bini, biar diorang jangan main swipe ikut sesuka hati. Hahaha

Cara Menggunakan Maybank VISA Manchester United Prepaid Card

Tetapan nombor PIN

First of all selepas menerima kad yang dipohon, korang kena set pin. Cara untuk set pin, senang je:

  1. Log masuk ke dalam akaun online Maybank2U korang. Pilih “Card Management”.
  2. Kemudian pilih “Credit/Charge/Prepaid Card – Activate or set PIN for your card (PIN & PAY)”
  3. Pilih kad Visa prepaid, tekan butang “Set PIN Now” dan masukkan PIN pilihan korang.
  4. Masukkan TAC dan “Confirm”. Siap.

Pengeluaran tunai melalui mesin ATM

Caranya lebih kurang sama seperti pengeluaran tunai melalui debit kad ATM korang. Cuma please take note dekat point nombor 4, sebab pengeluaran tunai menggunakan Maybank VISA Manchester United Prepaid Card ini dia tak terima option wang segera. Even kalau nak keluar RM100, tak boleh terus tekan pilihan RM100, kena select other amount dulu kemudian key in 1-0-0 barulah transaksi berjaya.

Tak berapa faham? Haa follow je step ni:

  1. Masukkan kad, dan pilih bahasa (Contoh: Bahasa Melayu)
  2. Masukkan nombor PIN kad.
  3. Di menu utama, pilih pengeluaran tunai.
  4. Pilih “Lain-lain amaun/akaun”.
  5. Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan, contoh RM100.00. Tekan 1-0-0.
  6. Seterusnya, pilih akaun “Kad Kredit”
  7. Transaksi diproses, kemudian ambil kad dan duit. Selesai.

Peringatan: Disebabkan kad ini adalah kad prabayar, kalau dalam kad korang ada RM100 tapi korang nak keluarkan RM200. Transaksi akan gagal. Sebab kan tadi dah cakap.. nak guna topup dulu la wey. Hehehe

Nota: Permohonan untuk memiliki Maybank VISA Manchester United Prepaid Card ini TIDAK perlukan dokumen gaji seperti permohonan kredit kad. Ada MyKad pun dah cukup dah.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply
  1. Bro, boleh CDM masuk duit kepada prepaid kad ini?
    Boleh link kad ini kepada Paypal, Wechat Pay, Boost dan sebagai?
    Mana boleh beli kad ini? Maybank cawagan ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *