in

Vios Pakai Continental UltraContact UC6, Berbaloi Ke?


Tayar dah makin mahal! Ya, benda ni bukan gimik. Tapi realiti yang semua orang kena hadap. Aku dapat tahu tayar kereta naik harga lepas aku singgah kat kedai tayar yang biasa aku pergi tiap kali untuk tukar tayar kereta aku yang dah botak.

Kalau sebelum ni harga untuk Bridgestone Potenza RE080 yang aku beli kebiasaanya dalam lingkungan seratus lebih untuk sebiji tayar. Tapi sekarang, harga untuk sebiji tayar 15 inci, dah nak serupa harga tayar 16 inci.

Sebagai perbandingan, aku share rekod pembelian tayar kereta aku;

  1. Mei 2023 – RM250 sebiji untuk Bridgestone Potenza RE080
  2. Disember 2020 – RM170 sebiji untuk Bridgestone Potenza RE080
  3. March 2019 – RM175 sebiji untuk Bridgestone Potenza RE080
  4. Oktober 2017 – RM170 sebiji untuk TOYO NanoEnergy 3
  5. April 2016 – RM185 sebiji untuk Bridgestone Potenza RE080
  6. Jun 2014 – RM190 sebiji untuk Bridgestone Ecopia EP200

Tu dia aih.. tak teragak-agak nak naik kan. Melambung kaw-kaw terus.

Disebabkan kenaikan harga tayar yang agak melampau dan sekarang ni pun banyak nak kena pakai duit lepas raya, maka aku ambil tindakan drastik untuk cari tayar terpakai je.

Pencarian tayar terpakai ni ada banyak option, kat kedai tayar ada jual, kat online pun bersepah orang jual. Tapi untuk kes aku ni, aku lebih selesa untuk cari secara online je. Cari dekat FB marketplace, dan nasib agak baik sebab terjumpa seorang seller yang jual tayar saiz yang aku nak dengan harga yang agak murah.

Tayar tersebut adalah dari jenis Continental UltraContact UC6. Saiz sama macam yang aku biasa pakai iaitu 185/60/15, dan yang menariknya tayar tu stok asal kilang yang didatangkan bersama Honda City Hatchback.

Seller tu kata owner lepas beberapa hari dapat kereta baru.. dia decide taknak pakai tayar tu lagi dah sebab katanya dah upgrade ke sport rim.

Pembelian tayar tu secara face to face di Seri Kembangan, dan sebut harga adalah RM600 untuk 4 biji tayar termasuk pemasangan dan balancing. Time ni baru aku tahu, seller tu kerja kedai tayar rupanya.. so that’s why dia boleh offer free installation dan balancing tu.

Lepas tayar dikeluarkan dari tempat simpanan seller tu.. Aku tilik tayar tu satu per satu. Bunga tayar masih tebal, tak ada bekas tampal bocor, production tayar jugak masih baru.. printed 0323.. yang bermaksud minggu ke-3 tahun 2023 (dalam bulan Januari). So rumusan ringkas aku mengatakan, tayar yang nak dijual tu memang baru dan mustahil untuk keras.

Lepas dah yakin semuanya okay, aku cakap kat seller untuk proceed terus pasang kat kereta vios aku. Pemasangan sekejap je pun, kebetulan kedai tayar yang seller tu kerja lengkap semua tools.. dalam 10-15 minit camtu dah siap pasang sekali alignment dan balancing.

Nampak baru macam keluar kedai kan tayar tu
Peneman setia
Condition tayar lama.. dah tunggu masa nak nampak dawai je

Cuma masa installation, ada additional kos aku kena tambah.. iaitu kos alignment RM35, berserta RM20 untuk tukar 4 biji valve tayar yang dah keras dan crack.

Jadinya total kos untuk penukaran tayar kali ni adalah RM600 + RM35 + RM20, bersamaan dengan RM655.

Satu pembelian yang berbaloi rasanya, kalau aku berkeras hati untuk beli tayar baru tempoh hari.. 1 set tayar (4 biji) pun dah cecah RM1000, tapi dengan pembelian tayar terpakai “tapi baru” ni.. boleh dapat penjimatan hampir separuh. Hohoho. Apa pendapat korang?

Dua bijik tayar yang elok lagi ni kita bawak balik, jual second hand murah-murah

Note: Perbezaan yang agak ketara bila dah pakai Continental UltraContact UC6 ni, noise level dia agak rendah. Kalau lalu jalan yang lurus dan tak ada lubang-lubang, rasa smooth dan senyap je. Orang kata pengurangan bunyi bising ni disebabkan side wall dia yang lembut. Personally bagi aku quite good jugak la. Dari segi grip ketika braking (dry & wet) so far tak ada perbezaan dengan Bridgestone Potenza RE080. Cumanya, cornering ketika laju macam agak membuang sikit. Plus, pakai tayar side wall lembut ni kena hati-hati.. takut cepat luka dan pecah macam yang aku pernah kena dengan tayar TOYO NanoEnergy 3 dulu.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Tayar continental bagus. Pernah pakai CC6.. UC tak pernah lagi. Macam lagi ok UC6 tu.

    Last tukar tayar dulu duit tak berapa nak ada. Sekarang pakai tayar murah je brand Zeta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *