in

Vios Minta Tukar Bateri Lagi


Dalam tempoh 8 tahun guna vios dugong ni, 4 kali dah tukar bateri. Kali ke-4 ni termasuk yang aku baru tukar hari ni, bateri Century Lasts Longer. Actually aku tak bercadang nak tukar bateri pun dalam tempoh yang terdekat lepas servis 230000km minggu lepas.

Tapi memandangkan kereta dah mula menunjukkan simptom bateri lemah seperti nak start pun dia dah mula mengeluarkan “bunyi start kereta” yang tak berapa nak smooth – masa crank tu dia agak slow. Jadi aku taknak ambil risiko lagi untuk melengah-lengahkan tukar benda alah ni. Sebabnya kang tiba-tiba aku tengah keluar pergi mana-mana, kereta tak boleh hidup. Naya..

Pencarian bateri vios aku kali ni dekat kawasan sekitar Bangi ni je. Sebab aku malas nak pusing jauh-jauh.

Terjumpa satu kedai bateri yang namanya Astia Battery Services. Dimana kalau korang nak tahu, lokasinya berdekatan dengan restoran FizoMawar dan bilamana aku turun je kereta, tanya pada tokey akan berapakah harganya bateri untuk vios aku model NCP93 (sambil muncungkan mulut kearah kereta yang park kat depan kedai), laju je dia jawab. “Century maintenance free, RM217. Tolak bateri lama RM20. So harga last RM197.

Dalam hati aku.. what?? Murah dah ni. Kedai apek pun aku dapat 210 lepas tolak bateri lama. So, tanpa ragu-ragu aku setuju je untuk beli. Suruh pekerja dia tukar pasangkan terus. 5 minit kemudian, siap.

Okay la tu kan. Kedai pun dekat dengan rumah aku, harga pun lebih murah daripada kedai bateri kereta di Kajang yang sebelum ni aku selalu beli. Jimat. Hehehe.

Kedai tu jugak ada bagitahu ada 1 jenama bateri yang lagi murah keluaran Century jugak, brand CAT namanya. Beza harga dalam RM20 macam tu. Tapi dia kata lagi, brand CAT ni sesuai pakai kat Proton atau Perodua je. Sebab power dia kurang sikit compare to Century. Dia yang cakap macam tu, aku iyekan je la. Sekadar melayan dia sembang.

p.s: By the way, kedai Astia ni terima je kalau korang nak swipe kad. Kalau kedai apek kat Kajang, kena bayar cash. Yang mana korang rasa lagi senang?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
    • Setakat saya pakai ni alhamdulillah tak ada major problem. absorber leaking tu pun lepas 7 tahun pakai, valve gasket leaking pun lepas 8 tahun baru nampak. tu berapa sen je.

      Kalau nak compare apple to apple.. segmen lain-lain tu kak. civic sama level ngan altis (c-segment). vios pulak b-segment sama ngan city.

      Minyak should be vios lagi jimat dari civic. cuma kalau dah compare gini, tengok saiz pulak. civic lagi luas dari vios. maintenance pun kena ambik kira, tayar size berapa, cc berapa, roadtax berapa. hehe

      • Ooo faham, kalau city pun sama jugalah yee.. Kira toyota lebih jimat minyak..sebab Sis pernah juga pakai toyota, dan sekarang plak pakai Jazz, dah tak tau nak bezanya hahahaha maklum le owang pompuan main bedal je bawak heheheh

        • aah jazz b-segment gak. tak jauh beza ngan city dan vios. cuma design la macam mpv. nampak sporty. city dan vios design sedan. jimat tu kira jimat gak la. macam saya nak tau jimat ke tak, saya selalu baca forum.. jenis model kete tu full tank boleh pergi berapa km. Macam vios full tank dalam RM70-80 lepas la 450-500km.

  1. kita pakai proton jer wak…eh…hehehe…tapi dah 2 kali tukar bateri juga..dua-dua just call bateriku tu..entah exora ni tak boleh sesenang hati jumper…kan benda lain pula rosak…nasiblah ada bateriku tu… kat Africa ni jer tak ada..isi angin pun pakai duit…hehehehe

  2. saya pun baru tukar bateri kereta awal tahun aritu. Pakai bateri Century jugak. Bab payment kalau boleh swipe card lebih senang, kadang cash tak cukup, jenuh nak pergi atm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *