in

Vios Aku Pakai Bateri Amaron Pulak


Sedar tak sedar dah 2 tahun 4 bulan vios aku pakai bateri Century Continental. No wonder hari tu masa balik kampung wife kat Kuantan, bateri ni dah start buat perangai. Nak start kereta tiba-tiba tak hidup. Nak kata alternator vios problem, alternator dah tukar pada brand Denso yang baru. Nasib baik la time bateri ni buat perangai aku kat rumah mertua.. so pinjam kereta ipar untuk jump start. Lepas jump start, kereta pun hidup balik.

Actually tempoh penggunaan 2 tahun 4 bulan untuk bateri kereta ni kira satu tempoh yang agak lama. Rekod peribadi untuk bateri kereta.. Daya tahan bateri Century Continental ni bertahan lebih lama sikit kalau nak dibandingkan dengan bateri jenis Continental Marathoner. Untuk Century Marathoner yang pernah aku pakai dulu, ngam-ngam 2 tahun je sebelum bateri tu kong.

Jadi disebabkan bateri kereta aku ni problem masa kat kampung, dan kena pulak hari tu dah Sabtu lewat petang. Nak tak nak kena terpaksa bertahan dulu la pakai bateri ni. Siap bagitahu kat ipar, in case kereta mati tiba-tiba lagi.. nak pinjam bateri kereta dia je. Hahaha.

Pagi esoknya hari ahad tu, awal-awal lagi aku terus google kedai bateri kereta yang berdekatan. Tawakal sebenarnya masa ni sebab dah tahu hari Ahad tak banyak kedai yang bukak.

Tapi nak buat macam mana.. memandangkan nak drive balik Bangi jauh, rasa macam tak secure je drive kereta dengan bateri yang dah nyawa-nyawa ikan. Buatnya kereta mati kat tengah highway lagi bertambah haru pulak nak kena panggil towing.

Tapi mungkin sebab nasib menyebelahi aku.. masa Google tu terjumpa kedai Bateriku kat Balok. Kena pulak dalam post yang aku jumpa tu dia siap promote bateri daripada brand Amaron yang sebelum ni memang aku dah aim untuk beli pakai.. terus la aku whatsapp.

Aku bagitahu bateri kereta problem. Sedang mencari bateri Amaron, dan aku bagitahu sekali lokasi aku sekarang ni kat homestay Timurbay. Kemudian dalam beberapa minit team Bateriku respon.. bla bla bla.. katanya tak ada masalah. Technician dia boleh datang check dan hantar bateri Amaron yang aku nak.

Yes.. lega. Aku terus setuju. Kemudian dalam setengah jam technician dia dah sampai. Haa.. Lepas dah sampai tu macam biasa la kan, cerita sikit-sikit bila bateri kereta start problem dan sebagainya. Technician tu pun terus check bateri kereta guna batery tester.

Dan bila dah siap check, baru lah tahu.. bateri aku memang dah tunggu masa je nak kojol sebenarnya. Bacaan current pun below minimum. Sorry guys, lupa pulak nak snap bacaan current bateri lama tu. Hohoho

Ini bacaan voltage selepas dah tukar kepada bateri Amaron baru.
Ini pulak bacaan current selepas dah tukar kepada bateri Amaron baru.

Tukar bateri baru, Amaron Go NS60L warna hijau (memang semua bateri dia warna hijau pun) barulah bacaan current jadi normal balik. Lega. Nasib baik jugak lah problem hanya pada bateri. Kalaulah katakan hari tu benda lain selain bateri atau alternator yang rosak, mana lagi aku nak cekau duit pergi hantar kereta masuk bengkel. Hahaha.

By the way bateri Amaron Go yang aku pakai ni difahamkan jenama dari India. Tak kisah pun sebenarnya daripada mana. Cuma yang aku tahu bateri ni ramai orang puji dan rekomen sebab tahan lama. Katanya mampu bertahan cecah 3 tahun penggunaan.

So aku cuba dulu lah tengok macam mana.. Boleh ke tak dia bertahan 3 tahun seperti yang digembar-gemburkan. Tarikh tukar bateri Amaron ni 12 Disember 2021, so kira kasar.. patut akan tukar yang seterusnya dalam bulan Disember 2024 nanti. Kita tungguuuu.

Nota: Beli bateri Amaron Go melalui Bateriku ni dapat harga RM230. Harga ni dah termasuk trade in bateri lama yang dah rosak tu RM20.

Nota 2: Selain tunggu bateri rosak, boleh je standby beli bateri awal-awal. Kat shopee biasanya ada buat sales, boleh dapat bateri Amaron murah-murah. Korang try check kat sini – Amaron official store.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Dari mula beli kereta sampai hari ni masih tulis.. terbaik bro..

    bro selama pakai vios ni.. tak pernah tukar ke mounting enjin, gearbox.. mounting absorber.. lower arm dan segala mcm bush2 dkt kereta tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *