in

Vaksin MM? Vaksin Covid Ke?


Fuhh lately kecoh pasal Ustaz Abu Syafiq bawak jemaah Umrah tak ambik vaksin MM. Mati-mati aku ingatkan vaksin MM ni vaksin Covid19 jenis baru yang sama geng dengan Pfizer, AstraZenica, Sinovac dan lain-lain.

Tapi…

Rupa-rupanya vaksin MM tu bukan vaksin Covid. MM tu bermaksud Meningococcal Meningitis. Cis.. tipah tertipu betul. Mujur lah aku ni bukan jenis netizen yang cepat melatah dan mengecam orang tanpa kaji selidik.

Kalau tak sia-sia dapat dosa.

Vaksin MM (Meningococcal Meningitis) kalau ikut penerangan Wikipedia merujuk kepada radang pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang yang berpunca dari jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Neisseria meningitides yang masuk melalui saluran pernafasan, merebak ke dalam darah dan kemudian menular ke selaput otak (meninges) dan cecair serebrospina.

Kalau baca situ sah-sah tak ada kena mengena dengan salur Covid19. Sebab Covid19 ni berkait dengan saluran pernafasan.

Vaksin MM ni jugak difahamkan dah tak diwajibkan pun oleh kerajaan Arab Saudi untuk buat umrah.

So sesiapa yang salah faham tu mohon faham la elok-elok ye. Kalau ada nampak cerita hot kat mana-mana portal berita pulak, jangan cepat menilai hanya dengan membaca tajuk saja. Ringan-ringankan baca habis artikel yang ditulis supaya kita terhindar daripada melakukan fitnah tanpa sengaja.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published.