in

USB 3.0 Besar Ibu Jari Untuk Macbook


Dah pakai Macbook punya pasal, pendrive biasa a.k.a flash drive USB 2.0 dah jadi tak berapa nak ngam dah. Bukan tak ngam sebab rosak, tapi tak ngam sebab speed data transfer tak boleh nak pergi lebih laju.

Tak puas hati punya pasal, kelmarin masa aku tukar skrin handphone wife aku.. terus carikan sekali flash drive USB 3.0.

Sandisk Ultra Fit USB 3.0 Flash Drive 32GB

Beli yang ultra fit keluaran Sandisk, sebab nak match kan dengan laptop Macbook yang nipis.

Sandisk Flash drive USB 3.0 mini

Kalau dilihat dari segi saiz, memang kecil molek je. Lebih kurang besar saiz ibu jari tangan. Harga pun tak ada lah mahal sangat, RM55 termasuk GST.

So far, perbezaan yang paling ketara apabila dah guna USB 3.0, dimana sebuah file video yang bersaiz 800MB, dapat dipindahkan dengan masa kira-kira 10 saat sahaja berbanding tempoh pemindahan 7 minit dengan menggunakan USB 2.0.

Puas hati? Ya.. aku memang sangat puas hati. Sebabnya, ia memudahkan kerja aku. Next time kalau flash drive ni dah penuh, beli yang lagi besar pulak. Tak pun tunggu yang 1TB terus. Hehehe.

p.s: Tempat aku beli, dah tentulah Plaza Low Yat. Kat tempat lain, aku kurang percaya sikit.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *