Dah pakai Macbook punya pasal, pendrive biasa a.k.a flash drive USB 2.0 dah jadi tak berapa nak ngam dah. Bukan tak ngam sebab rosak, tapi tak ngam sebab speed data transfer tak boleh nak pergi lebih laju.
Tak puas hati punya pasal, kelmarin masa aku tukar skrin handphone wife aku.. terus carikan sekali flash drive USB 3.0.
Beli yang ultra fit keluaran Sandisk, sebab nak match kan dengan laptop Macbook yang nipis.
Kalau dilihat dari segi saiz, memang kecil molek je. Lebih kurang besar saiz ibu jari tangan. Harga pun tak ada lah mahal sangat, RM55 termasuk GST.
So far, perbezaan yang paling ketara apabila dah guna USB 3.0, dimana sebuah file video yang bersaiz 800MB, dapat dipindahkan dengan masa kira-kira 10 saat sahaja berbanding tempoh pemindahan 7 minit dengan menggunakan USB 2.0.
Puas hati? Ya.. aku memang sangat puas hati. Sebabnya, ia memudahkan kerja aku. Next time kalau flash drive ni dah penuh, beli yang lagi besar pulak. Tak pun tunggu yang 1TB terus. Hehehe.
p.s: Tempat aku beli, dah tentulah Plaza Low Yat. Kat tempat lain, aku kurang percaya sikit.
nama pun 3.0, mestilah banyak kelebihannya. hoho..
Lagi besar dia punya storage yea..sampai 32gb tu…
Ada lagi besar sebenarnya.. 64, 128, 256GB pun ada. Tapi duit xde nak beli. Hahaha
waahhh,, makin canggih aja nih, teknologi nya,,,, ^__^
Boleh tahan jugak harganya. Laju dan kecik molek.
Tahan lama gak nih?
oho..laju bedesup la pasni..aku masih lagi ada 2.0…lembab nak mampus..file besar-besar..hahaa
aritu aku dengar apple ada kuar usb versi baru. apa nama tah. lupa..
comel molek… ni silap haribulan kalau salah letak , haru biru nak cari ni