Pizza topping Sambal Petai Udang dan Sotong? Topping Telur Masin? Pizza Boat? Eh, macam pelik je bunyinya. Buat anda penggemar pizza, anda boleh menikmati kelainan dengan makan pizza di US Pizza. Cawangan US Pizza terdapat di Penang, Kedah dan juga Selangor. Antara cawangan yang paling mendapat perhatian adalah Megan Embassy Ampang, Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang berdekatan dengan Ampang, anda boleh singgah ke US Pizza ini bersama ahli keluarga, insan tercinta atau pun kawan-kawan. Pasti ianya akan menjadi memori terindah di hidup anda jika anda membawa mereka menikmati US Pizza ini.
Jom Kenali US Pizza Dengan Lebih Dekat
Sedikit pengenalan tentang US Pizza, Us Pizza telah diperkenalkan pada awal tahun 1990 an oleh Mr Donald Duncan yang menghabiskan sepenuh masanya bekerja di restoran pizza yang terletak di Kansas City, Missouri, USA.
Selepas 5 tahun di dalam dunia bisnes pizza, Mr Duncan telah memperkenalkan resepi adunannya dah juga sos tomato yang dikenali sebagai ‘Duncan Sauce. Restoran pizza yang pertama di Malaysia terletak di Penang pada tahun 1997.
Misi restoran pizza ini adalah menawarkan kualiti produk yang bermutu di samping memberikan perkhidmatan sepnuh hati tanpa kompromi kepada tetamu dan komuniti. US Pizza hanya menggunakan bahan primary yang berkualiti dan segar untuk setiap doh pizzanya.
Antara jenama barangan yang digunakan di dalam doh pizza tersebut adalah dari jenama Anchor yang agak terkenal di Malaysia. Jika anda sudah terbiasa dengan barangan Anchor, pasti anda mengetahui kelebihan menggunakan Anchor Butter dalam pembuatan kek mahu pun doh roti atau pizza.
Antara menu yang terdapat di US Pizza ialah Tomyam Pizza. Sebagai pencinta tomyam anda pasti akan menyukai pizza ini. Ianya dapat membuka selera anda yang mencintai tomyam.
Anda suka kepak ayam? Jika suka, menu New Yorks Wing boleh menghantui anda dengan rasa rempah, pedas, manis dan masin yang menambahkan lagi kehangatan di lidah anda. Jika anda tidak suka kepak ayam, anda boleh mencuba Smokey Duck & Mushroom Soup Carbonara. Hidangan itik bersama sup cendawan yang boleh membuatkan anda jatuh cinta berkali-kali dengan menu US Pizza ini.
Boleh Order Secara Atas Talian Dengan Mudah
Jika teringin nak nikmati menu yang seda–sedap ini, tidak perlu keluar dari rumah juga tak mengapa kerana anda masih boleh menggunakan servis pizza delivery.
Anda boleh nikmati US Pizza dengan hanya di hujung jari dan pizza anda akan sampai di rumah. Di samping itu, US Pizza juga menawarkan pelbagai promosi termasuk sebiji pizza tambahan secara percuma sekiranya anda menggunakan pesanan secara talian ini.
Apa yang anda perlu anda lakukan hanya memasukkan kod promoapabila anda membuat pesanan secara talian (pizza delivery) untuk mana-mana pizza, pasta atau sayap ayam yang anda inginkan. Dengan adanya servis begini, tidak perlu lagi menunggu di kaunter restoran hanya untuk mendapatkan sepotong pizza macam dulu lagi.
Selain itu, penggemar pisang juga akan dapat berasa happy dengan adanya menu Banana Mania Pizza. Menu dengan rasa manis dan sedap ini pastinya dapat buat anda rasa makin happy walaupun terpaksa duduk berkurung di dalam rumah hari demi hari.Antara pihak yang boleh digunakan untuk servis penghantaran makanan sercara terus dari restoran ke rumah adalah Foodpanda. Malah pihak Foodpanda bukan saja menawarkan menu-menu pizza begini bahkan ada banyak lagi menu lain yang boleh di tempah. Nak menu makanan barat ada dan dan menu makanan tempatan asli juga ada.
Yang pasti, kita semua boleh berada di rumah dalam tempoh PKP ini dengan baik. Jangan jadikan nafsu makan sebagai alasan untuk keluar membeli itu ini kerana takut hanya kerana alasan tersebut, kesihatan diri menjadi galang ganti.
Jangan susahkan diri sendiri dan jangan juga beri risiko kerana buat masa ini masih ada pihak lain yang boleh membantu dalam memenuhi kehendak selera kita yang mahu makan itu dan mahu makan ini.
Sedapnya!
teringin nak cuba us pizza ni, even dekat jer, tak berkesempatan lagi nak try
Too bad in Melaka there is no US Pizza yet.