in

Update Tentang 4 Produk Dumex Dikhuatiri Tercemar


Okeh..update terbaru untuk entri produk tenusu Dumex yang tercemar. Hot from oven.

Sedang tekun Hafiz bekerja sedangkan orang lain semua sudah sibuk membuat persiapan raya dikampung, tiba-tiba tertera nombor 03-22981688 di handphone. Nombor yang datangnya daripada Careline Dumex.

Panggilan tersebut adalah susulan daripada e-mail yang telah Hafiz hantarkan kepada pihak mereka untuk bertanyakan tentang status refund produk tenusu yang dikhuatiri tercemar yang telah Hafiz beli tempoh hari.

Dumex recall product

Bagaimanakah untuk mendapatkan refund susu-susu tersebut?

Menurut apa yang diterangkan oleh pegawai perhubungan pelanggan Dumex, refund boleh dibuat melalui tiga cara, iaitu:

  1. Penukaran produk yang sama tapi berlainan batch number (stok baru)
  2. Penukaran produk yang berlainan tetapi jenama yang sama (contoh: Dumex Dugro)
  3. Pulangan wang

Tiada sebarang syarat yang dikenakan. Hafiz diberitahu oleh pegawai tersebut bahawa seluruh store yang terlibat dalam penjualan produk tenusu Dumex ini telah sedia maklum akan proses refund yang dijalankan. Tidak kisah sama ada tin susu telah dibuka atau pun tidak, yang penting hanyalah batch number yang tertera dibawah tin susu itu mestilah sama dengan senarai batch-batch number yang terjejas.

Refund boleh dilakukan tanpa perlu menunjukkan resit pembelian di store asal pembelian dilakukan ataupun sekiranya anda berada diluar kawasan, penukaran juga boleh dibuat di cawangan Econsave, 99 Speedmart, Mydin dan ManjaKu yang terdekat.

p/s: Lega bila dengar boleh refund duit balik.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. Nasib baiklah anak saya tak guna susu Dumex, kalau tak pening kepala kejap. Alhamdulilah juga dapat tukar pergi batch baru. Tapi ada kawan terus takut nak guna susu Dumex untuk anak dia, cuba tukar ke susu lain.

  2. Bahaya sekali kalau sampai di konsumsi, produk yang tercemar harus cepat2 di kembalikan dan ditukar dengan yang baru ..

  3. fuh! bahaya2…

    lepas ni, harap mana2 penjual2 susu tepung tempatan perlu test tahap keselamatan susu sebelum dijual di pasaran malaysia…jgn percaya bulat2 test yg dibuat di luar negara…

    walaupun ia bakal menambah kerja tp penting utk menarik kepercayaan pengguna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *