in

Update JellyBean 4.1.2


Kali ini agak terlewat beberapa hari bagi Hafiz up to date berkenaan dengan official update OS Android, JellyBean 4.1.2.

Jellybean 4.1.2

Itu pun Hafiz sedar selepas terbaca salah satu entri dari blog blogger famous ini tentang official update OS tersebut bagi pasaran Malaysia. Demm! Macam mana boleh terlalai ni. Cepat-cepat Hafiz download update tersebut ke Samsung Galaxy SIII Hafiz.

Rata-rata bagi pengguna yang lebih advance, berita yang Hafiz cuba sampaikan ini mungkin tidak begitu menarik kerana ada diantara mereka yang telah menaik taraf smartphone masing-masing melalui custom ROM. Tetapi bagi pengguna baru ataupun yang masih sayangkan warranty samsung.. seperti Hafiz sendiri misalnya, update kali ini merupakan berita yang ditunggu tunggu.

Dengan beberapa penambahbaikan berserta fungsi premium suite yang disertakan sekali, sudah tentunya membuatkan update kali ini lebih menarik daripada yang sebelumnya. Antara penambahbaikan yang telah dibuat adalah:

Multi Windows

Fungsi baru yang membenarkan pengguna untuk membuka dua tetingkap yang berbeza. Sebagai contoh, korang boleh melayari YouTube semasa korang menunggu reply komen di Twitter. Cara untuk menggunakannya memang mudah, korang hanya perlu menekan back button untuk seketika waktu dimana satu panel menegak akan keluar disebelah kiri skrin. Kemudian drag sahaja apa-apa applikasi yang tersedia didalam panel tersebut ke dalam skrin utama (sila pastikan korang dah enable fungsi multi windows terlebih dahulu).

Jellybean 4.1.2_multi windows

Vertical panel / Panel menegak

Jellybean 4.1.2_multi windows 1

Multi windows

Notification Panel

Fungsi notification panel yang lebih user friendly dimana didalam JellyBean 4.1.2 ini, pengguna dibenarkan untuk customize icon samada untuk mengurangkan atau menambah jumlah icon yang sedia ada. Untuk customize pergi ke Settings > Display > Notification panel

Jellybean 4.1.2_notification panel 1

Jellybean 4.1.2_notification panel

Picture Gallery

Tiada lagi gallery gambar berkotak yang membosankan. Didalam update yang terbaru ini, Android menyediakan beberapa pilihan susunan gambar yang Hafiz rasakan smart dan cool berbanding dahulu.

Jellybean 4.1.2_picture gallery 1

Jellybean 4.1.2_picture gallery

Jellybean 4.1.2_picture gallery 2

Jellybean 4.1.2_picture gallery 3

Page Buddy

Satu lagi fungsi tambahan baru yang agak cool dimana apabila earphone dicucuk ke smartphone, Page Buddy ini akan keluar secara automatik. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk memilih applikasi audio yang ditetapkan menerusi shortcut tanpa perlu mencari satu per satu didalam Menu.

Jellybean 4.1.2_page buddy

Paper Artist

Applikasi tambahan bagi korang yang gemarkan photo editing. Agak senang digunakan bagi pengguna yang amatur seperti Hafiz.

Jellybean 4.1.2_paper artist

Pandai tak Hafiz lukis?

Secara keseluruhannya, update terbaru yang dikeluarkan oleh Google ini menepati citarasa Hafiz. Sesuai dengan penggunaan seharian. Tapi dengar cerita JellyBean 4.2 lagi menarik. Tak sabar rasanya nak tunggu next official update.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

15 Comments

Leave a Reply
  1. best kan 4.2.1..sy skrg dh try 4.2.1 official update. tp kalau pakai custom rom pon still xde prob kalau hp rosak. just revert balik ke stock rom

    🙂

  2. erm cuma 2 bulan je sha dapat merasa guna jellybean ini di samsung note 2 ..ternyata ia mmg user friendly..tak seperti ios yg sha guna sekarang di iphone 5… byk bezanya apapun sha bersyukur kepada Allah…

Leave a Reply to apaizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *