Kali ini agak terlewat beberapa hari bagi Hafiz up to date berkenaan dengan official update OS Android, JellyBean 4.1.2.
Itu pun Hafiz sedar selepas terbaca salah satu entri dari blog blogger famous ini tentang official update OS tersebut bagi pasaran Malaysia. Demm! Macam mana boleh terlalai ni. Cepat-cepat Hafiz download update tersebut ke Samsung Galaxy SIII Hafiz.
Rata-rata bagi pengguna yang lebih advance, berita yang Hafiz cuba sampaikan ini mungkin tidak begitu menarik kerana ada diantara mereka yang telah menaik taraf smartphone masing-masing melalui custom ROM. Tetapi bagi pengguna baru ataupun yang masih sayangkan warranty samsung.. seperti Hafiz sendiri misalnya, update kali ini merupakan berita yang ditunggu tunggu.
Dengan beberapa penambahbaikan berserta fungsi premium suite yang disertakan sekali, sudah tentunya membuatkan update kali ini lebih menarik daripada yang sebelumnya. Antara penambahbaikan yang telah dibuat adalah:
Multi Windows
Fungsi baru yang membenarkan pengguna untuk membuka dua tetingkap yang berbeza. Sebagai contoh, korang boleh melayari YouTube semasa korang menunggu reply komen di Twitter. Cara untuk menggunakannya memang mudah, korang hanya perlu menekan back button untuk seketika waktu dimana satu panel menegak akan keluar disebelah kiri skrin. Kemudian drag sahaja apa-apa applikasi yang tersedia didalam panel tersebut ke dalam skrin utama (sila pastikan korang dah enable fungsi multi windows terlebih dahulu).
Vertical panel / Panel menegak
Multi windows
Notification Panel
Fungsi notification panel yang lebih user friendly dimana didalam JellyBean 4.1.2 ini, pengguna dibenarkan untuk customize icon samada untuk mengurangkan atau menambah jumlah icon yang sedia ada. Untuk customize pergi ke Settings > Display > Notification panel
Picture Gallery
Tiada lagi gallery gambar berkotak yang membosankan. Didalam update yang terbaru ini, Android menyediakan beberapa pilihan susunan gambar yang Hafiz rasakan smart dan cool berbanding dahulu.
Page Buddy
Satu lagi fungsi tambahan baru yang agak cool dimana apabila earphone dicucuk ke smartphone, Page Buddy ini akan keluar secara automatik. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk memilih applikasi audio yang ditetapkan menerusi shortcut tanpa perlu mencari satu per satu didalam Menu.
Paper Artist
Applikasi tambahan bagi korang yang gemarkan photo editing. Agak senang digunakan bagi pengguna yang amatur seperti Hafiz.
Pandai tak Hafiz lukis?
Secara keseluruhannya, update terbaru yang dikeluarkan oleh Google ini menepati citarasa Hafiz. Sesuai dengan penggunaan seharian. Tapi dengar cerita JellyBean 4.2 lagi menarik. Tak sabar rasanya nak tunggu next official update.
kak jie suka paper artis – seronok je nak try semua gambar.. hihi
betul3x..guna paper artist nampak macam pandai melukis pulak..haha
best kan 4.2.1..sy skrg dh try 4.2.1 official update. tp kalau pakai custom rom pon still xde prob kalau hp rosak. just revert balik ke stock rom
🙂
nak revert balik tu yang leceh..spesis yang tak berapa rajin..hehe
memang seronok pakai jellybean update terbaru ni…
premium suite punya update bro..layan
layan bro.. saya undi bro dalam Favourite Micro Blog di MSMW2013, moga berjaya ya 🙂
best ni
samsung Tab 7.7 tak dapat jelly bean, kecewa sungguh rasanya
p/s: 1st tyme datang cni
Terbaik update jb nih
erm cuma 2 bulan je sha dapat merasa guna jellybean ini di samsung note 2 ..ternyata ia mmg user friendly..tak seperti ios yg sha guna sekarang di iphone 5… byk bezanya apapun sha bersyukur kepada Allah…
wah3..pakai jellybean rupanya bro 🙂
4.1.2 ni dah official leh update ke utk S3?
sori yea kurang arif pasal benda ni…hehehe
cam ne nak update tu?
ye..official update..boleh update thru WiFi or data plan sendiri je..kat setting ada fungsi update.
Salam.. Note 1 bole ke update? Ssarang guna v4.0.4.. Kalau boleh, mcm mana nk update.. Dah cari kat setting tp still xdpt n xtau nk buat.. Ajarkn ckit kalau boleh.. Tq..