Untungnya Pandai Menjahit

Untungnya kalau pandai menjahit. Boleh buat untung kaw-kaw.

Contoh terbaik, baju melayu Khair yang kainnya tak sampai semeter pun dah RM45 sepasang.

Belum kira harga baju melayu dewasa lagi.

Kain sampin, songkok, butang baju melayu? Fuhh.. kalau beli satu set, berapa agaknya total kos.

Baju melayu kanak-kanak

Kalau nak kira paling parah.. baju kurung perempuan paling mahal.

Makin tinggi kualitinya, makin mahal. Boleh mencecah harga ratusan ringgit.

Modal penjual, cukup sekadar beli kain dan pandai menjahit. Kalau tak pandai cari customer, jual saja secara online. Facebook.com ada, Mudah.my pun ada.

Kalau rajin.. Boleh letak labuci lebih sikit, design pelik-pelik bagi nampak lebih menarik. Confirm harga naik berkali ganda.

Kiranya, menjahit adalah jalan alternatif bagi mereka yang ada pekerjaan tetap, side income lah katakan.

Rajin ambil tempahan, lagi banyak, lagi untung. Paling malas pun, dah boleh cover kos beli baju raya sebab boleh jahit baju sendiri. Betul tak?

Nak belajar menjahit pun dah tak susah macam dulu. Kalau dua tiga tahun lepas.. Ya, mungkin kena cari dan masuk kelas menjahit. Tapi sekarang, belajar secara online pun boleh, belajar dari CD pun boleh.

Ringkas.. mudah dan tak perlu penat-penat berkejar sana sini. Yang paling penting.. JIMAT. Modalnya kecil, untungnya besar. 🙂

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply
    1. Waktu dekat hujung Ramadhan ni.. saper pandai menjahit, memang boleh buat duit raya.. sebab kebanyakan tukang jahit dah tak nak ambil tempahan… sebab tempahan dah penuh…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Terlajak Perahu Boleh Reverse, Terlajak Cakap Kena Beli

    Mitsui Outlet Park Tak Best