in

Untung Rugi Pelaburan Saham


Kat bawah ni antara tiga contoh kaunter dalam portfolio saham aku. Satu rugi, satu untung dan satu lagi masih on going.

Kaunter Digista, percubaan aku yang pertama ketika mula-mula membuka akaun CDS. Modal tak banyak, cuma RM100 (pelaburan yang dibuat hanya untuk fahamkan bagaimana urusniaga beli saham secara online dijalankan, tak expect dapat untung pun).

Kaunter UMWOG, untung RM160. Walaupun untung tak banyak, tetapi sekurang-kurangnya keuntungan yang aku dapat melepasi target yang aku tetapkan. Itu pun dah kira okay sangat dah bagi seorang newbie.

Belajar Melabur Saham

Belajar main saham

Kaunter THHeavy, masih lagi dalam pemantauan dan menunggu masa yang sesuai untuk dijual semula, ataupun jika keadaan tidak mengizinkan, ianga akan disimpan sahaja untuk pelaburan jangka masa panjang.

Buat masa sekarang, kaunter-kaunter oil and gas masih menjadi pilihan aku kerana kaunter-kaunter daripada industri ini kebanyakannya mengalami susut nilai yang banyak (murah) ekoran harga pasaran minyak mentah dunia yang jatuh menjunam tempoh hari.

Ibaratkan pesta jualan murah, peluang untuk memiliki saham-saham yang berpotensi dengan harga yang rendah terbuka luas dan bilamana harga minyak mentah dunia kembali pulih dan meningkat naik, Boom! Saham-saham yang dimaksudkan juga turut akan menerima impak kenaikan yang sama.

Nota: Ada juga kaunter-kaunter tertentu yang menawarkan dividen kepada pelabur i.e UMWOG. Dari segi long term, kaunter seperti ini bagus kerana setiap pelabur akan menerima “bonus sampingan” bagi setiap pelaburan yang dibuat.

Peringatan: Melabur saham bukannya macam skim cepat kaya (letak duit hari hari ini RM10,000, esok beranak jadi RM100,000). Ada risiko yang tersendiri. Pelabur perlu buat research FA dan TA bagi mengenal pasti mana-mana kaunter yang berpotensi membuat keuntungan. Untuk mengetahui teknik-teknik dan cara yang betul, aku sarankan baca ebook ini -> Panduan Melabur Saham

p/s: Alhamdulillah. Rezeki keluarga. Modal tak banyak, duit untung lepas isi minyak pun kira berbaloi dah.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Ya betul melabur saham bukan skim cepat kaya. Perlu banyak membaca dan buat kajian. Bukan bergantung pada nasib semata-mata.

  2. dulu pada aku cara cari duit cepat ialah dengan main saham ni. tapi lepas dah byk kali rugi aku rasa mcm cara duit hilang cepat pun ialah main saham jugak…:) tapi one thing yang aku belajar ialah jangan tamak. biar utk sikit2 dulu ..sbb kadang2 tengah kau nak menunggu share tu naik byk , tup2 bedebub harganya jatuh.

  3. yup. aku setuju dengan tips2 yang diberikan. pada aku main saham ni kita kena treat dia mcm cara dapatkan duit tambahan jek..tak boleh mcm pendapatan tetap. sebab nnt kau jadik tamak and try to maximize the profit..patu lingkup. lagik la susah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *