Tengah-tengah musim PKP ni boleh pulak hari Sabtu lepas unifi plus box aku buat hal kan. Syok layan tv, nak tukar channel lain.. tiba-tiba jadi black screen.
Bila tekan segala button dekat remote, satu apa pun tak function. Restart unifi plus box pun dah berkali-kali. Sampaikan terpaksa jugak restart modem dan router dengan harapan masalah berjaya diselesaikan.. tapi sebenarnya semua yang dilakukan itu adalah perkara sia-sia. Black screen masih lagi kekal disitu.
Stress punya pasal, call customer service. Bertambah malang, call tak berjawab. Cuba juga contact by Twitter, pun tak ada respon.. tapi nasib baik masalah akhirnya dapat juga contact customer service melalui live chat di aplikasi Unifi (itu pun lepas queue 20 minit.. hahaha).
Aku kemudiannya cerita serba sedikit pasal masalah yang sedang aku hadapi, bagi pihak Unifi.. dia pun tolong refresh connection tapi sekali lagi nasib aku malang sebab masalah masih tak dapat diselesaikan dan akhirnya satu report aduan dikeluarkan (dapat nombor report melalui SMS).
Sampai sini aku ingatkan terpaksa terima hakikat bahawa malam nanti tak boleh tengok tv lagi dah sebab masalah belum selesai. Tapi.. mujur ada keajaiban disaat-saat akhir apabila tup tup dalam sejam kemudian ada kereta hon depan pintu rumah.
Cuba korang teka siapa?
Technician Unifi weh.. laju pulak dia datang. Rezeki aku. Maybe kebetulan technician tu tengah buat kerja kat kawasan berdekatan rumah aku jadi dia datang terus bila report aduan diterima. Cumanya walaupun technician tu datang, dia bagitahu tak boleh nak masuk rumah.
Tapi dihulurkan aku satu benda untuk aku pasang sendiri, iaitu power supply adapter unifi plus box yang baru.
Aku difahamkan majoriti problem black screen yang seperti aku hadapi ini dapat diselesaikan dengan mudah melalui penukaran power supply adapter yang baru.
Walaupun aku rasa was-was, aku angguk je. Masuk ke dalam rumah.. aku off unifi plus box, tukar power supply adapter baru. Aku pun switch on untuk restart kembali unifi plus box.
Dalam 2 minit untuk unifi plus box run balik program. Yes.. betul la. Sumpah dah elok. Aku nak tukar channel apa-apa pun dah tak ada masalah black screen. Happy nya aku tak terkata. Hahaha. Walaupun difikirkan logik cara penyelesaiannya macam pelik.. apa kena mengena power supply adapter dengan tak boleh tukar channel atau blackscreen? Tapi tu lah.. hanya pakar je yang boleh explain.
Apa-apa pun, thanks pada Unifi kerana dapat selesaikan problem aku kali ini dengan cepat. Lagi membuatkan aku lega sebabnya ingatkan tadi bila tukar power supply adapter baru ni aku kena bayar, tapi technician kata tak perlu. Free of charge. Syukur. Dah boleh layan tv balik macam biasa. Heee.
p.s: Sepanjang tempoh bertahun guna, unifi plus box je yang banyak problem sikit. Dari awal pemasangan dulu dah ada problem. Tapi tak ada la teruk sangat problem, so far makin okay dah servis. Benda baru, memang akan sentiasa ada penambahbaikan.