in ,

Unboxing G-Shock Model GA-800


Walaupun pada mulanya, rasa macam tak berapa minat nak pakai jam G-Shock model hybrid (analog + digital), end up terbeli jugak seketul bila mana puan isteri tergerak hati nak hadiahkan suaminya jam baru.

Pergi ke IOI City Mall hajatnya untuk tukar bateri jam G-Shock G-9100, tapi tiba-tiba isteri offer nak bagi hadiah.

Dalam hati.. malu.. tapi teringin. Kalau tolak, rugi. Maka, terpaksa terima. Hahaha.

Tadaa.. G-Shock model GA-800. Warna merah. Saiznya tak besar gedabak, tak kecil cenonet. Just nice je kat tangan aku bila pakai. Jom layan video aku unbox dulu.

Salah satu faktor yang membuatkan aku tertarik dengan model ini, kerana model GA-800 ini menggunakan 2 lampu putih untuk menerangkan paparan muka jam ketika berada didalam keadaan gelap, bukan seperti model-model analog + digital yang terdahulu yang hanya guna 1 mentol kecil (gila malap).

Standard features yang hadir dalam G-Shock model GA-800 ini adalah stopwatch, countdown timer dan dual time (world time). Cuma yang membezakan model ini berbanding model-model yang lain apabila fungsi stopwatch-nya lebih advance dan boleh menyimpan data yang lebih banyak.

Pendek kata, model ini lebih sesuai dipakai oleh orang yang suka berlari. Kerana G-Shock model GA-800 ini boleh menyimpan data masa larian sehingga 120 rekod, disamping pengelasan masa yang direkodkan mengikut tarikh serta waktu larian.

Well.. honestly kalau tanya aku sama ada aku guna fungsi tu tak dalam aktiviti harian?

Tak pun.

Jogging pun jarang-jarang, inikan nak suruh aku berlari. Mimpi la. Dalam mimpi pun jarang-jarang lari. Hahaha.

Cuma selain tarikan lampu yang aku nyatakan diatas, antara faktor lain yang menarik minat aku untuk membeli jam ini, terletak pada design dan warnanya. Simple dan kemas je. Tak nampak macam model murahan.

Sebagai rujukan korang sekiranya tengah mencari info-info berkenaan model ini, aku kongsikan ciri-ciri yang ada dalam G-Shock GA800. Bookmark dan share kalau info ini berguna.

  • Apabila button Mode ditekan, korang boleh pilih untuk menggunakan fungsi (1) stopwatch, (2) record recall mode, (3) countdown timer, (4) alarm dan (5) dual time.
  • Semasa menggunakan fungsi 1,2,3,4,5, apabila button Mode ditekan untuk beberapa saat, paparan akan kembali kepada paparan utama.
  • Adjust button – pada paparan utama, apabila adjust button ditekan, ianya akan menukar paparan digital, sama ada tarikh atau waktu.
  • Apabila adjust button ditekan lama untuk beberapa saat, korang boleh mengubah masa dan tarikh.
  • Katakan paparan digital dihalang oleh jarum jam analog, first thing happened apabila adjust button ditekan lama untuk mengubah masa.. akan ada fungsi hand retraction (iaitu fungsi automatik yang akan mengalihkan jarum jam analog yang melindungi paparan digital).
  • Pada paparan digital home, jika button start ditekan, ia akan terus mengaktifkan fungsi stopwatch.
  • Tidak kira pada fungsi mana yang sedang digunakan, sekiranya pandangan terhalang untuk melihat paparan digital, korang cuma perlu menekan button mode + light button untuk mengalihkan jarum jam. Dan tekan butang mode sekali lagi untuk kembalikan jarum jam ke tempat asal.
  • Ketika menggunakan fungsi stopwatch, ia boleh menyimpan rekod sehingga 120 laps time.
  • Semasa menggunakan fungsi stopwatch, sekiranya masa sedang direkodkan, apabila button reset ditekan untuk merekodkan masa larian, jarum saat akan menghadap kearah “minit” jam yang membawa maksud bilangan rekod larian yang telah direkodkan.
  • Record recall mode – ini adalah fungsi yang akan memaparkan rekod larian yang terkini. Dimulakan dengan paparan tarikh dan waktu masa larian direkodkan.
  • Ketika dalam record recall mode, korang hanya perlu tekan adjust button untuk paparkan semua info rekod larian sama ada berkenaan tarikh dan waktu larian.
  • Masih lagi dalam record recall mode – sekiranya korang ingin memadamkan recorded time untuk tarikh-tertentu, korang cuma perlu pilih tarikh yang ingin dipadamkan, kemudian tekan adjust button selama 2 saat sehingga command CLR keluar disebelah tarikh. Tekan start button untuk padam memori.
  • Langkah yang sama perlu dilakukan untuk padamkan keseluruhan recorded time, cuma perlu menekan adjust button lebih lama (dalam 3-4 saat) sehingga keluar command ALL CLR. Tekan start button untuk padam memori.
  • Untuk makluman: semasa menggunakan record recall mode, paparan jarum saat akan kekal menghala pada minit yang ke-14 yang mana disitu akan menunjukkan singkatan perkataan “REC”.
  • Alarm mode – boleh menyimpan memori sehingga 5 waktu penggera. Yang mana ketika menggunakan fungsi ini, jarum saat akan kekal menghala pada saat ke-44 (ON) atau ke-46 (OFF), dimana jika korang perasan pada lekuk display analog pada jam ada tertera perkataan “ON” dan “OFF” yang bermaksud aktif atau nyahaktif fungsi alarm.
  • Sekiranya kelima-lima penggera ditetapkan untuk masa yang berlainan, ia boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan secara berasingan. Contoh: Alarm 1, OFF. Alarm 2 ON. Alarm 3,4,5 OFF.
  • Fungsi dual time tidak menyediakan city code dan ia hanya membenarkan 1 tetapan dual time secara manual.
  • Ketika menggunakan fungsi dual time ini, paparan analog boleh ditetapkan untuk selari dengan paparan digital. Apa yang perlu korang buat hanyalah dengan menekan start button untuk beberapa saat ketika dalam paparan dual time. Nanti jarum jam akan auto-adjust.
  • Selain itu, korang boleh aktifkan atau nyahaktifkan auto light dengan menekan butang Light selama 5 saat. Perkataan TL akan kelihatan yang bermaksud ia telah diaktifkan dan sebaliknya kalau dinyahaktifkan.
  • Dengan menekan ketiga button mode + adjust + reset secara serentak, korang akan dapat melihat perkataan TILT 88 pada paparan digital yang mana ia membawa maksud pada sudut condong 88 darjah, auto light akan berfungsi sekiranya diaktifkan.

Okay, rasanya itu saja fungsi-fungsi yang menarik yang aku dapat discover dalam model GA-800 ni.

Nak aku share info dan buat video unbox model-model G-Shock yang lain pulak? Yang tu maybe kena tunggu aku beli lain kali pulak la kan. Kena tunggu tabung penuh dulu. Kecuali ada orang sponsor. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *