in

Umur 4 Tahun Masuk Kedai Bersendirian


Pertama kali dalan sejarah.. Sampai je depan kedai runcit. Dia tak bagi daddy ikut dia masuk ke dalam kedai.

Ibu berdiri sebelah pun dihalangnya ikut.

“Jangan.. Jangan.. Ibu dengan daddy jangan ikut. Adik sorang sorang jerr”

Dengar je ayat macam tu daripada mulut Khair.. Daddy pandang ibu, ibu pandang daddy. Masing-masing tergamam.

Dipujuk lagi supaya dibenarkan ikut dia dari jarak, tapi masih lagi dimarahnya.

“Jangan la ikut.. Daddy duduk sini.”

Adeh.. At last, kami akur dengan permintaan. Sambil memerhati kiri dan kanan, bila tak ada orang yang mencurigakan barulah Khair dilepaskan berjalan seorang diri.

Tapi dalam masa yang sama.. Daddy masih lagi curi-curi follow belakang tanpa dia sedari.

Well.. Nama pun anak. Mana boleh nak biarkan dia keseorangan. Nak bayar kat kaunter pun belum reti. Lagipun, zaman sekarang.. banyak kes dah. Anak tapi mak ayah pun selamba je orang boleh datang culik.. Hmm gila..

Berbalik kepada cerita Khair bilamana dia dah masuk ke dalam kedai. Daddy perhatikan je dia terus ke bahagian belakang dimana peti aiskrim berada.

Terjengket-jengket dia tepi peti aiskrim, tak dapat nak ambil aiskrim sebab tangan tak sampai. Hehehe.

Daddy munculkan dir, bantu dia pilih aiskrim yang dia nak. Kali ini dia tak halau.

Tetapi.. bilamana dah dapat apa yang dia nak, dihalaunya daddy kembali untuk keluar dari kedai.

“Daddy keluar.. Adik bayar..” Hohoho..

Malas nak dengar dia menjerit kalau daddy tak dengar arahan, daddy pun keluar duduk tepi pintu sebelah cashier. Sambil-sambil berdiri buat tak nampak dia tengah beratur nak bayar, sesekali daddy menjeling..

Dia behave.. takde nak potong queue orang.

Dan setibanya di kaunter, dihulurnya duit yang entah cukup ataupun tak tu.

Daddy sekali lagi campur tangan. Daddy tanyakan pada orang yang jaga cashier.

“Cukup tak duit dia bagi tu?”.. sebab tadi masa dia mintak duit, ibu spontan bagi duit yang mana ada je dalam poket

Cashier jawab.. “Cukup bang.”

Aku pun berlalu.

Kemudian, keluarnya dari kedai runcit dengan sebatang aiskrim di tangan. Khair lantas berkata..

“Ibu.. Pandai Hasif..”

Hahaha.. hadoi. Anak.. anak..

Khair belajar berdikari
Muka malas nak layan bila daddy paksa ambil gambar. Hahaha

p.s: Aku syak punca terjadinya semua ni mesti kerana lawatan sekolah Khair ke Kidzania tempoh hari. Dekat Kidzania kan semua kanak-kanak diajar untuk behave sebelum join mana-mana aktiviti. Mungkin dari situ dia belajar beratur beli “barang” atau apa-apa je.. Jadi, tabiat tersebut dibawa pulang dan melekat hingga ke hari ni. Ahakss 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Oyong Ilham Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *